Tuesday, 25 December 2018

Review Novel: Sweet Sour- Nasz

1st novel yang aku akan bukak balik tiap kali perasaan nak baca novel tu wujud semula. Sesungguhnya, dah tak terkira berapa ribu kali aku belek novel ni. Sampai sekarang, tak jemu dik non. 


Review Sweet Sour karya Nasz

Review Sweet Sour Nasz

(rupa pun dah bertukar sebab berzaman dah beli. Dan semestinya dah tak ada stock di kedai buku)


Snippet:

-Tajuk: Sweet Sour 
-Penulis: Nasz (novelis kesukaan aku dari dulu sampailah sekarang)
-Harga: RM21.00 (SM)
-Ms: 570
-Terbitan: Jemari Seni
-Tahun Terbit: 2010


Sinopsis Sweet Sour:

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!
B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

ISBN: 978-967-5118-31-9
Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)

****

 Zaman aku sekolah dulu aku tak minat langsung baca novel (obviously, disebabkan ia tebal). Inipun beli disebabkan hakak aku angau teramat sangat pada Joe. Like seriously, watak novel boleh buat dia macam tu???

Inipun aku beli bersempena rombongan sekolah ke Melaka (2010 @ 2011 gitu). Masa tu, masuk MPH daripada tak ada beli buah tangan maka aku belilah Sweet Sour ini. Oh ya, lepas tu sampai rumah aku  campak novel ini entah ceruk mana aku dah lupa. 

Entah bila (aku dah lupa) barulah aku mula baca.  Dan sesungguhnya, aku sangat menyesal. "Kenapalah baru sekarang aku baca novel ni?"

Patutlah hakak aku angau sembilan tingkat pada Joe.


Pendapat aku:

Novel of The Year!

 Rasionalnya?

1) Gaya penulisan tersangatlah sempoi:
Serius betul-betul sempoi. 
Nasz tulis pakai POV 1 (AKU). 
Tak ramai penulis berjaya pakai POV 1 ini. 
Tapi, Nasz berjaya. Tersangatlah berjaya! Bravo!

2) Novel ini fokus pada 3 watak. Lia, Zarul dan Joe (abang kepada Zarul). 

Lia dan Zarul. Diorang dua pangkat junior dan senior di uni. Alah, of courselah couple. Tapi, bak kata Lia, couple versi tak bercinta. Tak de sesi dia orang dua menggatal apakebenda. Ha, gitu. Pendek kata, parents Lia dah kasi green light pada Zarul ini untuk jadi menantu dia orang. Sebab, Zarul ini full package. Belajar tinggi, baik, kipas susah mati bakal mak pak mertua. Oh ya, dia jugak anak Tan Sri versi down to earth. Sampai-sampai aku lupa yang bapak dia kaya. Hohoho. Kiranya kalau dia orang menikah, tak de lah yang akan halang. Sebab family Zarul pun sukakan Lia.

Sayangnya, Joe (abang kepada Zarul yang tak helok perangainya) tiba-tiba masuk menyendeng. Betapa kuat sendengan dia selepas Zarul curang pada Lia. Selamba badak mamat tu kahwin dengan childhood friend dia.

Alang-alang Joe dah masuk menyendeng, dia confident masuk meminang Lia. Disebabkan otak Lia waktu ini ting-tong sikit dia pun main jer terima. Maka, bermulalah kehidupan rumah tangga Lia x Joe yang tak ubah seperti housemate (versi buat hal masing-masing)

Satu keburukan Lia, dia masih suka dekat adik ipar (si Zarul tu). Hangin betul aku dengan perempuan ni. Rasa nak lempang pun ada sebab dia acuhkan laki dia yang tersangatlah macho itu. 

Bak kata Hanim (kawan Lia)
"Bagi aku pun aku nak." 

Penulisan Nasz, buat aku angau sembilan tingkat pada Joe. (peace). Oh ya, lepas tu adalah sedikit pasang surut dalam rumah tangga dia orang. Bahagian konflik bagi aku agak panjang. Oh ya, konflik dia berat ye selain penulisan Nasz buat pembaca tak sedar sebenarnya. Tahu-tahu dah selesai baca.

Kesimpulan yang aku dapat, perfect man itu tak wujud selain dari novel. 

Rate: 10/10




Sunday, 16 December 2018

Review Movie: Operation Red Sea & The First Purge 2018

Aku ingatkan entri ni dah hilang. Ya Allah.. ada lagi rupanya.

Cuma satu nak cakap, sangat berbaloi untuk tengok cerita ni.

Snippet of
 Operation Red Sea:

Review Operation Red Sea

Cerita pasal Chinese Navy dalam satu misi  menyelamatkan local Chinese yang bekerja di Yewaire dari serangan pengganas. Team ini ada 8 orang.. captain... snipper... spotter dan selebihnya. Dari segi plot cerita, cinematografi... terbaik sangat. Nampak real. Ada part touching siap serta aku nangis, T_T.. Dari cerita aku ringkaskan yang team diorang banyak berkorban demi menyelamatkan tebusan dan jugak negara diorang. Pengajaran yang aku dapat petik dari movie ini... ‘keamanan yang aku dapat kecapi hari ini dan sampai sekarang adalah hasil titis darah orang lain.’ Movie ini memang buat aku salute habis dengan pasukan keamanan.

Rating: 10/10


Snippet of 
The First Purge:

Review The First Purge 2018
Cerita pasal goverment America yang kononnya nak lahirkan ‘the new America’ dengan buat satu experiment yang rule nya adalah dalam masa 12 jam... rakyat boleh membunuh antara satu sama lain... dan selepas itu takkan ada apa- apa tindakan. Tak disarakan untuk kanak- kanak tengok sebab ada unsur sadis. Bagi aku cerita ini membosankan dan buat aku terlelap. 

Rating: 3.6/10