Kebanyakan orang masih keliru antara 2 course ini. Kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan. Dan kawan- kawan aku masih ramai yang keliru. Untuk mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan maklumat, ada beberapa perbezaan antara kedua- dua kos yang aku harap hilanglah kekeliruan itu.
Kejuruteraan:
-Silibus pembelajaran lebih kepada teori berbanding praktikal/hands-on. Maksud aku, korang akan lebih banyak mengadap buku dan juga pensyarah daripada buat pekerjaan praktikal di dalam makmal.
*Ada sesetengah uni yang buat macam ni. Sem 1 overall belajar teori. Sem 2, barulah masuk lab (hands- on) sambil itu belajar gak teori.
-Bagi korang yang sangat suka membaca, memang elok sangat pilih/belajar kejuruteraan.
-Tahap kesukaran: Semestinya lebih sukar kejuruteraan. Sebab banyak kena baca. Dan ssssssangatlah banyak kena baca. Sampai akan tiba semester akhir, kau mula fikirkan apa yang kau belajar selama ini. (Student teknologi kejuruteraan pun ramai macam ni).
-Selepas grad of course dapat title engineer. Dan kalau sambung sikit lagi, dapat lagi title IR.
-Course work dan final exam: Depend kepada universiti sebenarnya. Macam uni kawan aku, walaupun course kejuruteraan pecahan course work dan final exam sebijik macam course teknologi kejuruteraan iaitu 60:40. 60% coursework, 40% final exam.
Coursework:
-Lab report
-Test
-Quiz
-Assignment
-Presentation
-Mini project
-Lab test
-Dan sebagainya.
*lagi tinggi percent coursework lagi untung. Tapi sayangnya, 60% aku rasa paling tinggi untuk coursework. Dah bagi betis nak paha pulak.
-Dan ada yang 50:50. Maksudnya, 50% coursework, 50% final exam. Maksudnya, memang kena berhempas pulas sikitlah sebab 50:50. Malam final, tak tidur la kau! Haha!
-Lagi satu, 40:60. Maksudnya, 40% coursework dan 60% final exam. Okey, kalau dapat macam ni memang susah. Dan kuatkan usaha!
-Kalau sembang pasal peluang pekerjaan di Malaysia. Student- student lepasan kejuruteraan ada banyak kelebihan berbanding student- student teknologi kejuruteraan. Disebabkan, masih ramai Malaysian yang tak tahu pasal teknologi kejuruteraan.
-Antara universiti yang menawarkan course kejuruteraan: UMP, UPM, UNIMAP, UNIKL (ICOLE), UITM, UKM, USM, UTM, UPNM, UTEM.
*mungkin masih banyak lagi yang aku tak senaraikan.
Teknologi Kejuruteraan (TK):
-Berbeza daripada kejuruteraan yang sangat pentingkan teori. Student- student teknologi kejuruteran (TK) lebih banyak didedahkan/diajar hal- hal praktikal. Maksud aku, korang akan lebih banyak buat kerja hands-on di dalam makmal/workshop berbanding baca buku (teori). Tapi aku rasa, statement macam itu sebenarnya salah sebab aku tengok ada ramai student TK yang struggle habis bila belajar. Yelah! Sebab diorang perlu kejarkan banyak perkara. Nak membaca (teori) satu hal. Nak buat kerja praktikal (masuk makmal) satu hal. Sampai ada tak sempat makan kau!
-Bagi korang yang sssssangat suka kepada kerja hands-on patut grab peluang untuk belajar dalam course TK ini. Sebab bila dah minat, dapat dekan tiap sem kau!
-Tahap kesukaran: Lebih mudah berbanding kejuruteraan. Tapi kalau buat tak endah, tak datang kelas, tak ambil test... gagal jugak.
-Selepas grad sayangnya korang tak dikenal sebagai engineer tapi sebagai technologist. Tapi kat Malaysia ni, semua hentam panggil engineer jugak. Satu hal lagi, peluang untuk pakai title IR takde untuk student TK.
-Coursework dan final exam: 60:40. 60% coursework, 40% final exam. Sebab itulah TK lebih mudah dari kejuruteraan.
-Cakap pasal peluang pekerjaan. ADA peluang kerja, kalau fokus cari kerja. Bukan duduk tanam anggur. Untuk student TK sebenarnya ada banyak pecahan major- major nya apa ke benda (sama aja dengan kejuruteraan). Contohnya Teknologi Kejuruteraan (Sustainable Energy)/(Process Plant). Lebih kurang gitulah.
-Antara Universiti yang menawarkan course TK: UMP, UNIMAP, UNIKL (universiti pertama yang perkenalkan course TK).
*mungkin masih banyak lagi yang aku tak senaraikan.
???? Yuran pengajian untuk kejuruteraan dan TK aku tak pasti. Depend pada universiti. Tapi serasa aku, yuran kejuruteraan lebih mahal berbanding TK.
P/s: Kalau ada sebarang maklumat tambahan atau pembetulan aku akan EDIT entri ini semula.
Itu saja daripada si kacang. Salam Ramadan!
saya merupakan pelajar teknologi tahun 1 di uthm. sebenarnya malaysia memerlukan lebih ramai teknologis berbanding jurutera. ini kerana malaysia bukan negara reserch yang memerlukan ramai jurutera. thats why malaysia needs ts for manage the industry with the support from engineer
ReplyDeleteleganya aku baca ni huhu dah la otw nak masuk tk ni
DeleteRISAU JUGA KALAU ABIS STUDY TAK DAPAT KEJE BILA DIBEZA-BEZAKAN
ReplyDelete