Monday 16 July 2018

Resepi Puding Karamel Sedap

Hai guys,

Ni resepi pertama yang aku letak kat sini. Dah buat pun haritu. So yummieeesss guys. Ingat lagi betapa sodappp nya rasa karamel dia. Flashback yang ke arah nak membongkak sekaligus masuk bakul angkat- angkat sendiri.


resepi puding karamel


Aku buat puding ni pun tetiba. Aku tengah study sikit. Lepastu perut berdendang lapar. Tak dinafikan lagi time nak buat baik inilah perut buat hal. Otak baik punya ingat kat puding karamel. Lepastu terus google resepi. Dan resepi ni aku cekau dari satu blog. Yang aku dah lupa nama blog apa. Tapi kredit kepada empunya blog untuk resepi yang sangat soddappp. Tapi aku ada olah sikit. Sesuai tekak Melayu tulen aku.

Bahan- bahan:

1) 8 biji telur (Tak kira gred apa. Tujuan kita: puding karamel)
2) 1 tin susu pekat manis (huih! karamel ni aku suka manis.. tak suka manis, boleh kurangkan erh)
3) 1 tin susu cair
4) 1 tin air
5) 1 sdb esen vanilla (aku pakai esen yang murah jadi bau dia tak berapa kuat bila letak sikit. kalau pakai yang mahal, bau dia kuat jadi letak sikit je) Harga mainkan peranan betul.
6) 8 sdb gula kastor (untuk karamel)

Cara- cara: 

1) Dalam satu mangkuk besar. Letak dan kacau kesemua bahan kecuali no.6. Ketepikan.
Nak lagi senang: Blend je kesemua bahan.

2) Dalam loyang. Cairkan gula kastor hingga agak keperangan.

3) Masukkan adunan dalam mangkuk tadi ke dalam loyang.

4) Kukus 15-20 minit. Kukus lama.. karamel jadi pahit. Tak layan la.

5) Siap!!

Nak lebih layan. Sejukkan dalam peti ais. Makan sejuk- sejuk. Memang layan terus la benda alah ni.

Sunday 15 July 2018

Loaded Potato Bowl & Loaded Go Bowl KFC

Hai guys...

Kisahnya, beberapa hari lepas aku temankan hakak aku pergi tempat money changeR. Entah kali ni dia nak pergi merayap mana pulak 😂 (kalau hakak aku baca ni... habis ah aku) 

Setelah penat aku temankan dia wajiblah dia kena belanja aku something. Kiranya kena ada common sense la. Bila orang dah teman kita pergi satu tempat tu... treat la dia something. Walaupun orang tu tak mintak. Kira adat mintak tolong gitu la. So, disebabkan sekarang ni hakak aku yang mintak tolong... memang wajib kena pau la duit dia 😂😂

Mulanya dia nak treat aku dengan MCD. Sekali tengok dalam MCD... perghhh cam orang duk prepare nak pergi berperang semua. Serius ramai orang dalam tu. Dan selepas tu jeling baik punya kat KFC. Mujurlah tak berapa ramai. Jadi... pilih untuk bedal kat sana aje.

Menjadi rutin aku tiap kali singgah KFC... Aku akan order snack plate ataupun dinner plate. Dua benda tu aje yang aku akan order. Dari zaman aku kenal KFC sampai sekarang asyik makan menu sama aje. So hari tu rasa nak tukar angin... dan baik punya tertengok kat Value Bowls.

KFC Punya Value Bowls:

1. Original Go Bowl
2. Loaded Go Bowl
3. Curry Lava Rice Bowl
4. Loaded Potato Bowl

review loaded potato bowl


Abaikan caption story hakak aku. Disebabkan story benda alah inilah ramai member- member hakak aku DM.. tanyakan benda alah ni... sedap atau tak? Kuatnya penangan value bowl... keesokkan harinya kitorang beli lagi. Kali ini jamu satu family terus makan value bowl. Haha!


review loaded potato bowl

Inilah dia satu isi kenikmatan dari Loaded Potato Bowl.


Dan aku pilih Loaded Potato Bowl dengan harga RM 5.++.. dan alhamdulillah kali ini KFC tak kedekut sebab dia kasi isi dalam tu penuh. Memang puas hati la makan. Harga pun sangat berbaloi dengan kuantiti. Saiznya jumbo lagi! Okey... isi Loaded Potato Bowl ni ada...:

1. Spicy zinger chunks (ayam yang ketul- ketul tu)
2. Mashed potato (serius... banyak sangat dia letak.. memang ermmm habis la time makan)
3. Mayonnaise and cheesy sauce (yang bangkitkan selera mestilah benda alah camni)
4. Jagung (tak sangka rupanya sedap kombinasi jagung.. mashed potato dan cheese)

..Inilah dinamakan satu isi kebahagiaan... Memang tak sia- sia beli benda ni.
..Bagi aku sangat berbaloi dengan harga.

Okey.. Part hakak aku dia order Loaded Go Bowl. 

review loaded go bowl

Mengancam habis dia punya cheese sauce tu. 


Adat menjadi adik, dengan makanan aku sekali dia kebas. Kuang asam punya hakak! Harganya RM3.++. Saiznya kecik aje. Kecik daripada aku punya. Kiranya saiz tak berapa jumbo. Orait... Isi Loaded Go Bowl ni ada...:

1. Fries (aku perati aje makin lama makin sedap pulak KFC punya fries, dengan syarat friesnya masih panas)
2. Zinger chunks
3. Mayonnaise and cheese sauce

...Unfortunately, no mashed potato!
..Okey sangatlah dengan harga camtu kan?

Rating gitu:
Loaded Potato Bowl: 9.8/10 
Loaded Go Bowl: 9.8/10

Tips nak makan sedap: Makanlah ketika makanan itu masih panas disertakan dengan perut yang  lapar. Dan insyaallah, dapat dirasai nikmatnya suatu makanan itu.

Thanks for reading this pieces.





Saturday 14 July 2018

YEAY! Lulus Google Adsense + Akhirnya Muncul...

Assalamualaikum semua...

Seperti tajuk di atas... alhamdulillah... akhirnya lulus Google Adsense. Dan setelah lama menghilang, akhirnya hari ini singgah berblogging.



Serasanya dah lebih sebulan aku tak berblogging. Sebenarnya tak sibuk tapi buat- buat sibuk mengalahkan menteri dalam parlimen. Boleh dikatakan, aku dalam mood bercuti. Bercuti dari belajar dan bercuti dari latihan industri. Penangan LI buat aku malas tuk berblogging. 

Balik kepada tajuk pertama. Sebenarnya aku dah tak ingat bulan berapa aku sign up dengan Google Adsense ni. Awal- awal dulu rajin gak la bukak emel kut ada berita gembira. At last, takde. Padan dengan muka aku. Itulah orang tua cakap, jangan mengharap! Jangan mengharap!

Dan disebabkan LI pun dah habis. Dah sudah tidak menjadi kepentingan untuk aku selalu bukak emel. Akhirnya, aku biarkan emel bersawang. Tapi bukak hari ni tetap tak bersawang gak. Ceh! Hiper!

Ya! Dah lama aku tak bukak emel yang link dengan Google Adsense. So semalam aku bukak. Actually... untuk buat kerja lain. Dannnnnnnnnnnn... (Biar nampak suprise gitu.....) blog aku lulus Google Adsense. Ha! Itu ajelah nak habaq mai.

Kita teruskan lagi kepada hikayat perkenalan aku dengan benda alah ni aka Google Adsense.

As a newcomer jakun jugak aku dengan benda ni. Banyak gak la aku berblog walking... dan google itu ni (hambek kau! usaha aku tu mengalahkan nak cari jurnal buat thesis) dan aku pun register dengan Google Adsense (pendekkan kepada GA... malas taip punya pasal). Aku register main- main gitu... sebab tak biasa dengan benda alah ni kan. Waktu ni, blog aku masih hampeh lagi... Sssangat hampeh kau! Tragis bila ingat. Waktu aku register, tak salah aku content kat blog aku tak lebih 5 .. Maybe 3 atau 4 gitu. Serius.. Lupa! Lepastu Sssssiap register dan ha tunggulah jawapan pihak di sana.

Awal- awal gitu rajin la tengok emel. Bila emel diorang tak sampai. Takyahyah mengharapkan kepada insah yang tak sudi kat kita. (Gitulah aku dikecewakan pada bulan pertama register benda alah ni). Dan aku pun mulalah sedar diri bahawasanya content dan blog aku ni tak berapa tip- top. Solutionnya, aku upgrade ah blog aku. Letak itu... Letak ini.... Daripada blog yang hampeh menjadilah kepada blog yang kureng hampeh. 
Aku letak HOME... ABOUT... SITEMAP... DISCLAIMER... CONTACT ....(katanya penting untuk lulus GA)




Lepastu aku touch- up sikit rupa blog yang sememeh je aku tengok... menjadilah kepada warna putih... seputih- putihnya... Yang mengingatkan kalian mati itu pasti. Ceh! Takde ah. Aku tak tau nak kasi warna apa. At last, aku putihkan aje. Nampak tak kerja nak senang aku tu.

Agak lama menunggu (kes takleh move- on ni) aku decide nak request untuk kali ke-2. Tapi aku cancelkan niat. Pujuk la diri sendiri. Ada la tu rezeki. Cuma cepat atau lambat aje... (Sungguh husnuzon aku kat benda alah ni)

At last... 04/07/18 lulus gak. Maybe diorang pun dah agak menyampah dengan aku so diorang bagi jelah. 

Itu jelah serba sedikit kisah aku dengan benda alah ni. Ya! Tak berapa syahdu. Tapi agak sendu.

Itu je. Kbai!