Wednesday 4 April 2018

Kehidupan Ini Seperti Roda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kehidupan ini adalah seperti roda yang sentiasa berputar menjadikan seseorang itu seketika berada di atas dan seketika berada di bawah. Di atas tanda kesenangan dan di bawah tanda kepayahan.

*doakan aku sampai sini

Umum mengetahui kepayahan adalah ujian. Namun jangan lupa, kesenangan juga adalah satu ujian.
Dan setiap ujian diberikan Tuhan adalah sebuah tanda cinta dan kasih- sayang Nya kepada setiap hamba- hambaNya.

Jadi usahlah menangisi ujian kerana di balik ujian terkandung seribu satu hikmah.
Yang jelas, ujian adalah tanda cinta Tuhan kepada hamba- hambaNya. Cinta apakah lagi yang lebih bermakna selain cinta Tuhan yang satu. Sangat beruntunglah setiap hamba di atas ujian kesenangan atau kepayahan itu.