Friday 30 November 2018

Engineering (+CHemical Eng)

Assalamualaikum-  Assalamualaikum semua. Baki lagi beberapa hari sebelum masuk dewan final exam.



Straight forward. Cabang chemical engineering sebenarnya dia ‘luas.’ Ada pure chemical eng & ada chemical eng bersama certain- certain major. Apa aku maksudkan dengan certain- certain major contohnya... 

1) chemical eng (process plant) 
2) chemical eng (process) 
3) chemical eng (bioprocess) 
4) chemical eng (polymer)

Dan lain- lain lagi. Konklusi dekat sini, ada banyak. Sebab itu dia luas.

Bila cakap pasal chemical eng. First thing first, yang kebanyakan orang akan fikir, mesti kena belajar lagi dalam subjek Chemistry. Sesetengah orang akan happy sebab dia suka CHem & sesetengah orang takkan pilih course ni sebab dia dah fed- up dengan CHem. Kata aku: Salah tu! Salah sangat! Salah besar! Itu satu mitos!

Fakta: Sebenarnya, percent untuk belajar Chemistry itu rendah walaupun studi, Chemical Eng. Dan- dan- dan- subjek terpenting adalah Physics- Math- Addmath. Starter kit course engineering adalah calculation. Tak dapat tidak pengiraan itu wajib.

Dan setiap calculation itu tak sama. Tengok apa pulak major korang. Susah ke senang? Takde jawapan spesifik. Kalau aku sendiri, aku lebih suka  subjek major aku berbanding subjek core. Dari experience aku sendiri, Design adalah nightmare untuk ramai student!

Review Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald

Salam Jumaat yang- terakhir di bulan November. Let’s embrace December with positive vibes!

Movie: Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald



Snippet Movie:

-Year: 2018
-Sekuel kepada Fantastic Beast and Where to Find Them (2016)
-Cast: 
1) Johny Deep- Grindelwald 
2) Eddie Redmayne- Newt Scamander 
3) Ezra Miller- Credence Barebone
4) Katherine Waterston- Tina Goldstein 

AND bla bla bla

-Jalan cerita lebih fokus kepada Newt Scamander, Grindelwald & Credence. 

Point 1: Si Credence curious giler dengan identiti dia misalnya siapa mak dia dan siapa keluarga dia. Dialah punca semua benda jadi! Bengang gak aku dengan mamat ni.

Point 2: Grindelwald yang teramatlah jahat cuba ambil kesempatan terhadap Crendence.

Point 3: As a hero, Newt Scamander memburu dua orang kat atas.

At the end, tamat dan see you Fantastic Beast- 3 

.......

-Jalan cerita smooth. Pengarah juga ada selitkan unsur- unsur jenaka & mmmenjadi. Ramai ketawa sebab pelakon tak try hard untuk buatkan penonton ketawa. *Sama macam Harry Potter punya movie. Lawak dia menjadi.

-Dari segi audio dan CGI dah tentu- tentulah terbaikkkkk.

Sesi curhat:

-Aku tak berapa sukakan watak Tina. Aku lebih prefer perempuan yang lagi sorang nama Leta itu.

-Queenie. Bagi aku la, dia seorang yang pentingkan diri sendiri. Main blah macam tu aje.

-Albus Dumbeldore. Aku suka perwatakan dia. Humble dan sangatlah setia orangnya. Setiakawan tahap petala.

Rating: 9.1/10