Wednesday, 26 December 2018

Final Year Project (FYP) Part 1 [Pilih Tajuk & Supervisor]

Ok. And Hi.

Agak eksaited sebenarnya nak tulis pasal ni. Aku sangat terhengen nak berbagi kisah ‘penderitaan’ aku dengan kau orang. Serius tak tipu, FYP buat aku suffer. Hehe! First of all, ada banyak part. Jadi part ni aku nak cerita gitu- gitu je. Misalnya, sistem pilih tajuk dan supervisor (SV) FYP.

Tips Pilih Tajuk dan Supervisor FYP

Ok. So let’s find out:

Untuk pilih tajuk dan SV ada 2 cara:
1. Manual
2. Online System

MANUAL

1. Manual- Batch aku tak merasa sistem manual memandangkan batch aku punya online. Manual ni ada pros and cons dia la. Sama jugak dengan online system.

2. Maksud manual ni macam mana? - Maksudnya kau orang kena pergi jumpa lecturer tu face- to- face ketuk ofis dia then kau orang buatlah muka sememeh- seposen sikit & merayu- merayu sikit mengharapkan dia sudi menjadi SV kau orang. Macam anak terpinggir pulak kan. 

3. Pros dia: Dah namanya kena pergi jumpa face- to- face jadi aku sangat confirm yang kau orang akan pilih lecturer gegemaran (kegemaran) kau orang. Yang kau orang ngam dan yang kau orang kamceng.

4. Cons dia: Dah namanya kena pergi ketuk pintu ofis lecturer semestinyalah ambil masa. Kekadang pergi jumpa lect pilihan A kau orang kena rejek.. padan muka.. haha... terpaksa pergi jumpa lect pilihan B pun direjek jadi merangkak- rangkak ke pilihan C. Ambil masa! Tapi ada juga first jumpa.. dah dapat SV. Based on rezeki la.

ONLINE SYSTEM 

1. Online System- Okey. Batch aku merasa benda ni. Jadi aku cerita based on experience esp penderitaan la ya. Haha! 

2. Maksud online ni macam mana? Everything online la. Ok, hambar! Maksudnya pilih tajuk dari sistem.

3. Pros dia: Menjimatkan masa. 

4. Cons dia: 1) Sistem asyik down jerrrrr. 2) Ok. Kalau sudah diberi kemudahan dapat jimatkan masa. Jangan fikir dunia ni indah! Macam batch aku punya style. Online. Tapi... Ada tapi ya. Admin akan release tajuk TANPA LETAK NAMA SV. Maksudnya kau main pilih je tajuk tanpa tahu siapakah bakal ‘pendamping’ kau sepanjang FYP berjalan. Part ni agak kejam sikit. Dapat SV ohsem, ohsem la perjalanan FYP. Dapat SV tak ohsem, tak ohsem la hidup. Ghaha! *Dan lagi satu nak tambah, banyak style admin boleh buat. Misalnya, release nama SV tanpa tajuk. Then discuss tajuk dengan SV. Style 3: Release tajuk dan nama SV. Kalau dapat style ni kau orang patut bersyukur. Betapa mudahnya hidup kau orang!

Q & A:

Soalan 1: Penting sangat ke kita ‘memilih’ SV?
Ans: Sesungguhnya anak- anak sebelum anda memilih bakal pasangan hidup, pilihlah SV dengan teliti. Sangat teliti!

Soalan 2: Lecturer/ SV tengok pointer tak? 

Soalan 3: Ada certain SV letak requirement CGPA 3.5 above. So macam mana?

Ans: Of course tengok anda- anda. Basically, ada 2 sebab dia tengok pointer sebelum dia ambil kau orang sebagai student under her/his supervision.

Ans:
-Reason 1: Lect ni buat research pasal sesuatu projek. Then, kau kena tolong dia siapkan projek(experiment) dia. Contohnya kau orang settle part 1234 lepas tu dia pulak proceed kepada part 5678910. Agak suffer. Biasanya lect yang gigih nak dapatkan Ph.D

-Reason 2: Dia tengok pointer supaya dia bagi tajuk refer on pointer kau orang. Kalau pointer tinggi bakhang, agak susah sikit la tajuk tu. Dan begitu sebaliknya.

Soalan 4: Boleh tak tukar SV? 
Ans: Bab tukar SV aku tak pernah dengar. Misalnya kau tak ngam dengan dia kau nak tukar SV. Amboi! Don’t be too immature.

Tapi... ada satu situation yang SV orang lain akan guide kau orang. Apa maksudnya tu? Kes ni terjadi bila SV kau tak master dalam tajuk tu dan terpaksalah SV lain guide kau.

Soalan 5: Boleh tak tukar tajuk?

Ans: Depend on SV. Kawan aku pun tukar tajuk. Bukan sekali tukar tapi 3 ke 4 kali terpaksa tukar. Tajuk first dia sangatlah gempak. Dia, orang pertama buat tajuk ni. Sedihnya, result tak dapat. Memang hancur gila la experiment dia. Dan proceed ke tajuk ke-2. Pun gagal. 

Soalan 6: Aku rasa soalan paling famous ni. FYP ni susah tak?
Ans: Depend pada tajuk. Dapat tajuk senang.. kau patut lompat berirama disertai alunan pantun. Dapat tajuk susah plus memakan masa... cekalkan hati!

Soalan 7: Ada experiment?
Ans: Depend pada course. Course aku wajib masuk lab dan conduct experiment.

Soalan 8: Lama tak FYP ni?
Ans: Sama seperti soalan 6. Depend pada tajuk. Member aku 3-4 kali masuk lab.. experiment dia dah siap. Dan boleh proceed tulis thesis. 

Soalan 9: Soalan popular gak ni. SV akan guide ke?
Ans: Depend pada SV. Sebab itulah aku pesan pilih SV sebaik mungkin. Macam member aku punya SV, dia punya character sangat berbeza dalam class dan dalam lab terutamanya dengan student FYP dia. Dalam class, dia kelakar. Dalam lab, tak kelakar jadi kau orang faham- faham jelah. FYP ni lebih kepada usaha meneruskan hidup seorang diri tanpa bergantung kepada orang lain. Nak harap kat orang lain. Dia orang pun sibuk dengan experiment dia orang.

Soalan 10: SV marah tak experiment/project tak jadi? 
Ans: SV aku baik. Huhu!

Soalan 11: Ada tak student pemalas?
Ans: ADA! Dalam dunia ini ada bermacam jenis manusia.

Soalan 12: FYP ni grouping atau individual?
Ans: Dua- dua ada. Tapi tidak di U aku. Member aku punya U, grouping. Sampai ke thesis dia grouping. Aku punya individual. Bila sesorang kenalah pandai bawak diri, adjust masa antara kelas.. tutor.. mini project.. assignment.. quiz.. test.. lab test. Okey, complete package untuk merasai kesengsaraan.

Soalan 13: Wajib FYP tak? Pun soalan famous.
Ans: U aku punya wajib. Tak ambil kau haram grad. U member aku tak wajib. Boleh ambil untuk naikkan pointer. 

Ya Rabbi. Aku rasa panjang pulak aku bebel. By the way, thank you so much sudi baca! Banyak aku belajar dari FYP ni sebenarnya. Kepada yang sedang ber-FYP selamat meneruskan kehidupan anda sebagai seorang student. Semoga anda cekal menghadapi onak duri ya. Ceh! Skema ayat. 

Good luck!

Tuesday, 25 December 2018

Review Novel: Sweet Sour- Nasz

Ok. Hi..

(Part aku membebel- yang tak de bagi manfaat dunia dan akhirat kat kau orang. Jadi boleh skip dengan senang hati)

U aku bagi cuti 2 bulan. Kasi tepuk! Sebelum- sebelum ni tak pernah nya bagi panjang macam ni. Koman- koman sebulan aje. Ok. Part ni dia orang memang hampeh giler. Belum puas aku mengemukkan diri U dah panggil. Apadaaa...

Review Sweet Sour: Nasz

Review Sweet Sour Nasz




*Rupa bertukar sebab berzaman beli.. Hehe*

Snippet:

-Sweet Sour 
-Penulis: Nasz. (Penulis feveret aku dari dulu sampailah sekarang)
-Harga: RM21.00 (SM)
-Ms: 570
-Terbitan: Jemari Seni
-Tahun Terbit: 2010

Sinopsis Sweet Sour:

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!
B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

ISBN: 978-967-5118-31-9
Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak

.........

Seriously. Zaman aku sekolah dulu aku tak minat baca novel. Aku ni bukannya ulat buku. Ulat makanan tu betul! Ulat buku bukan aku. Cari orang lain. Konklusi kat sini, novel bukan dunia aku. Aku pon tahap heran giler tengok member- member aku kemain gigih hadap novel. Bagi aku ketebalan novel ni sesuatu benda yang mengerikan macam Physics. Haha!

Ok. Perenggan 2. 

Alkisah aku jumpa novel ni disebabkan akak aku. Pendek kata, dia suka baca novel. Anything dinamakan buku dia suka baca. Kontra habis aku dengan dia. Macam langit yang biru tu dengan tanah yang kering kontang. Tanah tu aku la. Always duduk kat bawah. T_T. Ok. Mula- mula dia yang beli Sweet Sour dan dia mula obses kat Joe. Aku tengok cover. Tak terhengen langsung nak baca. Tak ingin!!!

Tengah akak aku obses kat Joe, aku yang dia langsung tak obses ni, join lawatan sekolah ke Melaka. Masa tu tahun 2010/11 gitu. Serius aku dah lupa zaman kegemilangan aku mengaktifkan diri dengan aktiviti- aktiviti sekolah yang nyata habiskan duit aku. Macam rombongan Cik Kiah kita orang masuk MP. Tak faham aku lawatan apa sampai kena masuk mall. Ada baik jugak dulu aku lepak McD.(Ok. Cukup membebel). Aku singgah MPH. Kebetulan ada Sweet Sour. Mula- mula aku ragu jugak nak beli atau tak. 21 hengget kau! Dah berapa keping nuget aku boleh beli kat kantin sekolah. Tapi disebabkan aku curious asal la akak aku minat dekat Joe. Aku pun beli. (*Masa ni level kebangapan aku di tingkat dewa. Patutnya aku takyah beli. Baca aje akak aku punya!)

Balik rumah aku main campak novel ni entah ceruk mana aku campak. Tengok cover macam tak menarik. Aku hold dulu pembacaan aku. Maybe hari tu aku takde kerja, jadi aku pasrahkan diri baca novel ni!

You know what... Aku menyesal habis tak baca novel ni awal- awal!!!!

(Punyalah panjang hikayat aku nak jumpa/beli novel ni)

Pendapat aku:

—-Novel of The Year. Kenapa?—-

•Gaya penulisan Nasz sangat SEMPOI. Ssssssangat sempoi. Nasz tulis pakai POV 1(aku). Tak ramai penulis berjaya pakai POV 1. Kekadang bila pakai gaya penulisan akan jadi kaku. Sampai- sampai watak novel tak boleh nak hidup. Tapi Nasz berjaya. Sangatlah berjaya!

•Novel ni fokus kat 3 watak. Lia.. Zarul... dan Joe (abang Zarul). 

Lia dan Zarul. Dua orang ni junior- senior kat U. Dia orang couple tapi versi tak bercinta. Tak de lah sesi dia orang dua menggatal apakebenda. Yang akan menyebabkan timbulnya rasa menyampah(skema ayat). Pendek kata, family Lia dah kasi lulus kat Zarul untuk jadi menantu dia orang. Sebab, Zarul ni complete. Belajar tinggi.. baik.. kaki kipas mak pak mertua.. anak Tan Sri. Tapi serius dia humble. Sampai- sampai aku lupa yang bapak dia kaya. Kiranya kalau dia orang menikah, tak de lah yang nak halang. 

Sayangnya. Joe pun berkenan kat Lia lepas beberapa kali dia orang jumpa. Tapi Lia tak heran sebab dia ada Zarul. Sampai satu tahap, Lia tak pernah ingat dia pernah jumpa Joe. Kesian! Masa pun jalan- jalan- jalan, sampailah dia orang grad. Dua- dua kerja. *Satu hari, Zarul cakap kat Lia yang dia nak kahwin dengan childhood friend dia nama Suraya. Lia patah hati! Siapa je yang tak patah hati bila boyfriend nak nikah dengan orang lain. Kat sini, watak Joe mula berkembang. Even, Zarul & Joe siblings, dia orang tak ngam. Sebab perangai masing- masing yang beza. Zarul ni kiranya anak taat mak ayah. Joe pulak sebaliknya. 

Lepas Zarul kahwin. Joe ambik peluang, pinang Lia. Dan Lia yang sengal tahap maut ni terima dengan pasrahnya. Dia orang kahwin! Satu pasal Lia, dia masih suka kat adik ipar dia. Dengan Zarul boleh aje dia baik- baik. Dengan Joe. Hampeh gila relationship dia orang. Joe ni stail dia cool. Apa aje Lia buat.. dia main tengok je. Dia ni workaholic. Apa aku suka dengan Nasz. Dia tak try hard nak tunjukkan Joe ni cool.. macho.. baik... workaholic. Watak Joe memang menjadi idaman setiap perempuan serasa aku. Rasa nak bawak lari je mamat ni. Boleh imagine karakter Joe ni macam mana. Satu pasal Joe yang aku tak suka, dia ni keras kepala. Buat benda main ikut kepala dia aje. Pendek kata, dia ni jenis heartless. 

Bahagian akhir, agak sedih bila satu demi satu benda terungkap. Lia bengang dengan Joe. Hampir nak berpisah. Scene kat hospital.. menjadi sangat. Paling aku suka dekat Joe. Dia heartless tapi akhirnya ke bawah jugak. Dia memang sayang habis kat Lia. Sayangnya, Lia tak hargai. Dan Zarul, manfaatkan situation abang dia. Kat sini, aku tak suka Zarul.

...Jenis aku mula- mula bukak novel terus tengok ending, siapa hero. Sekali bukan Zarul. Serius aku sedih. Sebab Zarul ni baik. Dengan sedihnya aku baca novel ni. Karang tak baca, rugi je aku beli. Bila baca.. automatik hati aku dah berpaling kat Joe. Ghaha! Dasar otak seminit! Joe ni lelaki idaman Malaya gitu.

...Dari 2010/11 inilah novel NO. 1 aku. Entah berapa kali aku asyik ulang. Most recommended. Sangat tak jemu dibaca. Aku angkut jugak pergi U. 

...Gaya penulisan Nasz yang sempoi boleh buat tergelak sesorang. Ayat dia langsung tak skema. Penulis yang ohsem. Setanding Hlovate, Imaen dan Noor Suraya.

...Satu benda aku suka dengan Nasz. Novel dia agak panjang tapi dia tak de bebel, mengarut nak cerita pasal watak- watak yang tak penting. Apa dia cerita  mostly pasal watak utama. Jadi watak utama tu hidup!

***Member- member aku ikut ketagih dekat Joe. Haha! Dan macam kafein mamat ni
****Langsung tak rugi untuk beli! Nampaknya kebangapan aku dulu tak merugikan. Ghaha!

Aku kasi: 10/10
(Naszzzzzzzzz nak novel baru)

Sunday, 16 December 2018

Review Movie: Operation Red Sea & The First Purge 2018

Aku ingatkan entri ni dah hilang. Ya Allah.. ada lagi rupanya.

Cuma satu nak cakap, sangat berbaloi untuk tengok cerita ni.

Snippet of
 Operation Red Sea:

Review Operation Red Sea

Cerita pasal Chinese Navy dalam satu misi  menyelamatkan local Chinese yang bekerja di Yewaire dari serangan pengganas. Team ini ada 8 orang.. captain... snipper... spotter dan selebihnya. Dari segi plot cerita, cinematografi... terbaik sangat. Nampak real. Ada part touching siap serta aku nangis, T_T.. Dari cerita aku ringkaskan yang team diorang banyak berkorban demi menyelamatkan tebusan dan jugak negara diorang. Pengajaran yang aku dapat petik dari movie ini... ‘keamanan yang aku dapat kecapi hari ini dan sampai sekarang adalah hasil titis darah orang lain.’ Movie ini memang buat aku salute habis dengan pasukan keamanan.

Rating: 10/10


Snippet of 
The First Purge:

Review The First Purge 2018
Cerita pasal goverment America yang kononnya nak lahirkan ‘the new America’ dengan buat satu experiment yang rule nya adalah dalam masa 12 jam... rakyat boleh membunuh antara satu sama lain... dan selepas itu takkan ada apa- apa tindakan. Tak disarakan untuk kanak- kanak tengok sebab ada unsur sadis. Bagi aku cerita ini membosankan dan buat aku terlelap. 

Rating: 3.6/10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...