Tuesday, 25 September 2018

Segmen Bloglist Oct & Nov 18 by zzzyy.blogspot.com

Cuaca sekarang ni memang tengah panas kan? Duk dekat luar kejap jer dah berpeluh satu badan. Memang sakan la peluh menitik keluar.

Berdasarkan tajuk entri pun sebenarnya dah maklum sesangat la, entri aku ini adalah entri untuk penyertaan kepada segmen bloglist  tuan empunya blog zzzyy.blogspot.com

CLICK BANNER UNTUK JOIN

Kepala tengah semak sikit dek kekangan kerja yang berlambak (someone said: ada baik pergi siapkan kerja dari menulis di blog... yeah, its true) ! Tapi kenapalah aku tak ikut jugak nasihat itu kan. Haha!

Pejam celik pejam celik, assignment datang dengan berlambaknya... quiz turut serta melambakkan diri.. proposal tup- tup munculkan diri.. business plan yang tak habis- habis menyibuk sekaki.. test bulan November nanti. Hurgh! Hectic!

I need some space(blog) to chill my mind. Sincerely, Hang Bean.

Ohhh ya, sebelum ku undurkan diri.. penyertaan untuk segmen bloglist ni terbuka. Tapi ada terma dan syarat la. Simple jer syarat nya.

Have fun guys. Lagi satu!! (Yang ni betul- betul last).. Lagi satu Allah Yuftah Alaikum kepada calon- calon UPSR 2018. Chill chill jer anak- anak sekalian.

Thank for reading all above.

Saturday, 15 September 2018

Abe Yie Nasi Kerabu

Hai guys,...

Jumaat lepas adalah kali ke-2 aku makan di kedai yang sama. 3 minggu lepas pun dah makan di kedai yang sama. Sebelum abah pergi kursus. Bila abah balik, pergi kedai sama jugak. 

Abah dengan nasi kerabu tumis best friend forever sangat. Mula- mula makan nasi kerabu tumis. Otak aku macam tak dapat brain... nasi kerabu letak tumis. Otak aku cakap No! Sebab umi aku ajar.. makan nasi kerabu tanpa tumis. Kiranya dalam family, abah dah bawak ‘ajaran sesat’ kat anak- anak. Haih!



Kitorang order..

2 pinggan nasi:

Nasi: Hanyalah nasi putih diletak ulam

Sambal tumis: Sambal tumis dia yang sangat win. Asyik penuh orang dalam kedai. Macam pun kena ayu gitu. Sebab kongsi- kongsi meja. Haha!

Daging bakar: Daging bakar dia juara habis. Juicy giler sebab diletak dengan lemak. 

Sos kicap: Yang ni antara yang bangkitkan selera. Daging bakar celup sos kicap. Wah! Terasa di tepi pantai.
Yang tak berapa gilakan sos kicap. Lebih baik mintak 1 pinggan aje. Kitorang ni 2 pinggan. Akhirnya, membazir. Katakan tidak kepada pembaziran. 

Bonus Feature:

Kat kedai ni jugak diorang jual..

roti goreng


1) Roti goreng (isi nya kacang) 
2 biji RM 1

2) Char kuew
3 biji RM 3
Saiznya besar. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...