Sunday 28 October 2018

Review Detective Conan: Zero The Enforcer (2018)

Salam hujung minggu semua...

Alhamdulillah... Selesai test Mathhhhhhhhhhhhhh. Serius rasa lega. Balik bilik terus terjun atas katil macam seminggu tak jumpa sebab otak penat, tenaga pun kurang.

By the way... its movie review time! 

Review Detective Conan: Zero The Enforcer 

Review Movie: Detective Conan, Zero The Enforcer 2018

What’s?

-Anime: Jepun
-Release: Apr 2018
-Genre: Crime, Thriller
-Rating: Di bawaaaahhh.. Huhuhu

Cast?

Kalau korang fan giler dengan Conan seperti biasalah cast dia Conan- Mouri Kogoro- Ran Mouri- Professor Agasa- Haibara and The Gang- Insp Meguri and The Gang-..... 

Tapi movie kali ini ada TORU AMURO. Jarang amatlah scene dia dalam DC ni sebenarnya. Tapi kali ini Amuro dapat watak besar gaklah dalam movie ini. Biasanya, Amuro akan keluar bila ada scene pasal Jin punya organization (siapa minat Conan, mesti tau punya pasal Jin)

Selain Amuro ada gaklah watak- watak yang lain. Eri, mak kepada Ran pun join sama. 

Sinopsis DC Zero The Enforcer:

-Movie ini bermula dengan letupan di sebuah bangunan yang akan berlangsungnya sebuah persidangan, ‘Tokyo Summit.’ Dijadikan cerita, suspek pengeboman adalah Kogoro Mouri. (Gelak jer aku dengan member bila Mouri kena tuduh- Tak sedarkah semua, Conan tu yang bijak sebenarnya)

Sambung cerita... Bila Mouri ini ditahan, Ran pun apalagi... terus ah nangis & call Shinichi Kudo. Nah... dekat sinilah Kudo/Conan ikut selesaikan kes. Conan ini dah syak dekat Amuro. 

*Aku pun ikut sama tuduh Amuro. Banyak giler ah watak- watak dalam ini jadi mangsa tuduhan aku.. Tachibana si lawyer pun ikut kena tuduh. Dan biasalah, suspeknya orang tak disangka- sangka.

Review aku:

-Disebabkan aku ini kipas susah mati DC dah tentulah aku cakap best gilerrrr. Disebabkan aku minat gak, movie ni tak buat aku rasa mengantuk. By the way, takde ah scene sleeping Kogoro Mouri.

-Memang panjang punya akal la Gosho Aoyama ni. Tiap scene ada relation antara satu sama lain. 

-Ada unsur- unsur Family dekat sini. Part paling touching part Haba-231- Korang yang belum tengok, aku sangat rekomen untuk korang tengokkkkk. 

-Part Amuro drive waktu jame.. Perghhhhh!!!! Hancur lebur teori Sains. Einstein tengok mau menangis!

-Part aku tak suka sikit adalah tentang Ran yang asyik nangis- nangis lepastu nak gak depend pada Shinichi. Sakit jiwa gak la aku kat dia.

Rating aku:
9.8/10

Wednesday 17 October 2018

Giveaway Planner 2019 by SHFYQHAZHR.COM


Giveaway Planner 2019
KLIK BANNER UNTUK JOIN SEKAKI.

Hai.. Hai... Hai dan Hello....

Tengah- tengah blogwalking Bean singgah di blog SHFYQHAZHR.COM rupa- rupanya ada contest giveaway. Jadi apa salahnya mencuba nasib. Ada rezeki, alhamdulillah. 

Disebabkan, kesemua kelas hari ni cancel jadi jom update blog. Jangan ditinggal bersawang. Satu benda aku suka dekat blog SHFYQHAZHR.COM, dia punya blog serius lawa dan kemas. Aku harap blog aku pun mampu kemas, insya- Allah. Harap- harapnya skill design- mendesign aku mampu ditingkatkan (kena usaha lebih oii).

Hadiah nya ofkoslah planner. Cun kan?



So, feel free to join. Dateline nya pun sempat lagi nih. 07 Okt- 31 Okt 2017

Tuesday 16 October 2018

Review The Villainess

Helo...

Movie Review!!! Movie- movie yang dulu pernah aku review kebanyakan bertemakan thriller dan action. Genre- genre macam itu antara genre kesukaan aku. Dan tak dinafikan lagi.

So, let’s go..

Review The Villainess




What’s?

-Movie Korea
-Release 2017
-Genre: Action, Thriller
-Rating: Seperti biasa aku letak di bawah.

Cast?

-Kim Ok bin as Sook hee/ Chae Yeon soo
-Shin Ha kyun as Lee Joong sang
-Sung Joon as Jung Hyun soo
-Kim Seong hyun as Chief Kwon

Sinopsis The Villainess:

-Cerita pasal pembunuh upahan (Sook hee) yang sanggup lakukan apa saja demi diberi kebebasan dari ‘Agensi Pembunuh Upahan.’ Selepas menyelesaikan misi pembunuhan ke atas seorang lelaki Sook hee akhirnya dibebaskan ketuanya, Chief Kwon dan kematiannya dipalsukan dan diberikan nama baru iaitu Yeon soo. Yeon soo dan anak perempuannya memulakan hidup baru di sebuah apartment. Selepas tu, muncul pula Jung Hyun soo sebagai jiran apartment. Diorang fall in love dan akhirnya berkahwin. Baru nak happy- happy, Lee Joong sang (ex- husband Yeon soo) kembali semula. Berlaku salah faham, Yeon soo mula curiga kepada husbandnya. Kesian husband dia T_T.

Review aku:

-Permulaan cerita dah buat terkejut habis. Action movie ini memang terbaik.

-Kesian dekat Yeon soo sebab hidup dia bagai dipergunakan orang sekeliling. Lepastu dapat ex- husband yang tadaaaa guna punya olang! Bila dia nak happy- happy sikit terus antagonis muncul untuk merosakkan kebahagian. 

-Part akhir agak sedih memandangkan Yeon soo dah mula curiga dekat husband baru dia. Ending tak seberapa.

Rating:5.5/10