Sunday, 15 July 2018

Loaded Potato Bowl & Loaded Go Bowl KFC

Hai guys...

Kisahnya, beberapa hari lepas aku temankan hakak aku pergi tempat money changeR. Entah kali ni dia nak pergi merayap mana pulak πŸ˜‚ (kalau hakak aku baca ni... habis ah aku) 

Setelah penat aku temankan dia wajiblah dia kena belanja aku something. Kiranya kena ada common sense la. Bila orang dah teman kita pergi satu tempat tu... treat la dia something. Walaupun orang tu tak mintak. Kira adat mintak tolong gitu la. So, disebabkan sekarang ni hakak aku yang mintak tolong... memang wajib kena pau la duit dia πŸ˜‚πŸ˜‚

Mulanya dia nak treat aku dengan MCD. Sekali tengok dalam MCD... perghhh cam orang duk prepare nak pergi berperang semua. Serius ramai orang dalam tu. Dan selepas tu jeling baik punya kat KFC. Mujurlah tak berapa ramai. Jadi... pilih untuk bedal kat sana aje.

Menjadi rutin aku tiap kali singgah KFC... Aku akan order snack plate ataupun dinner plate. Dua benda tu aje yang aku akan order. Dari zaman aku kenal KFC sampai sekarang asyik makan menu sama aje. So hari tu rasa nak tukar angin... dan baik punya tertengok kat Value Bowls.

KFC Punya Value Bowls:

1. Original Go Bowl
2. Loaded Go Bowl
3. Curry Lava Rice Bowl
4. Loaded Potato Bowl

review loaded potato bowl


Abaikan caption story hakak aku. Disebabkan story benda alah inilah ramai member- member hakak aku DM.. tanyakan benda alah ni... sedap atau tak? Kuatnya penangan value bowl... keesokkan harinya kitorang beli lagi. Kali ini jamu satu family terus makan value bowl. Haha!


review loaded potato bowl

Inilah dia satu isi kenikmatan dari Loaded Potato Bowl.


Dan aku pilih Loaded Potato Bowl dengan harga RM 5.++.. dan alhamdulillah kali ini KFC tak kedekut sebab dia kasi isi dalam tu penuh. Memang puas hati la makan. Harga pun sangat berbaloi dengan kuantiti. Saiznya jumbo lagi! Okey... isi Loaded Potato Bowl ni ada...:

1. Spicy zinger chunks (ayam yang ketul- ketul tu)
2. Mashed potato (serius... banyak sangat dia letak.. memang ermmm habis la time makan)
3. Mayonnaise and cheesy sauce (yang bangkitkan selera mestilah benda alah camni)
4. Jagung (tak sangka rupanya sedap kombinasi jagung.. mashed potato dan cheese)

..Inilah dinamakan satu isi kebahagiaan... Memang tak sia- sia beli benda ni.
..Bagi aku sangat berbaloi dengan harga.

Okey.. Part hakak aku dia order Loaded Go Bowl. 

review loaded go bowl

Mengancam habis dia punya cheese sauce tu. 


Adat menjadi adik, dengan makanan aku sekali dia kebas. Kuang asam punya hakak! Harganya RM3.++. Saiznya kecik aje. Kecik daripada aku punya. Kiranya saiz tak berapa jumbo. Orait... Isi Loaded Go Bowl ni ada...:

1. Fries (aku perati aje makin lama makin sedap pulak KFC punya fries, dengan syarat friesnya masih panas)
2. Zinger chunks
3. Mayonnaise and cheese sauce

...Unfortunately, no mashed potato!
..Okey sangatlah dengan harga camtu kan?

Rating gitu:
Loaded Potato Bowl: 9.8/10 
Loaded Go Bowl: 9.8/10

Tips nak makan sedap: Makanlah ketika makanan itu masih panas disertakan dengan perut yang  lapar. Dan insyaallah, dapat dirasai nikmatnya suatu makanan itu.

Thanks for reading this pieces.





3 comments:

  1. sedap bean loaded tu, Del suka sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma yg curry tu tak berape bestπŸ™

      Delete
  2. Loaded with cholesterol also nyahahah... sekali sekala takpa la ;3

    ReplyDelete

Feel free to call me (Bean) and be nice okay