Sunday, 16 June 2019

Review Movie Korea: I Can Speak

Hi guys,

Berkira jugak aku sebelum ni sama ada nak tengok cerita ni atau tak. Salahnya satu sebab poster cerita yang colourful ini tambah lagi genre comedy dia. Untuk aku sendiri, aku lebih prefer genre- action, thriller & mystery.

Lebih kurang macam.. “Apa kata kita bagi can, kan?” Jadi, aku tengokkkk. Kiranya untuk release stress gara- gara, The Witch. Part 1: The Subversion.

Dannnn... Apa yang boleh aku simpulkan lepas tengok cerita ni? Cerita yang SANGAT BEST! Dan kenapa sebelum ni aku tak tengok cerita ni? Serius, cerita ni tersangatlah best & tersangatlah ohsem.

#Cerita ni diangkat dari kisah sebenar. #comfortwoman

Movie: I Can Speak




-Movie Korea
-Tahun: 2017
-Genre: Comedy
-Pelakon: Na Moon He sebagai (Na Ok- Boon)- Park Min Jae sebagai (Lee Jae Hoon)

Sinopsis:

-Cerita pasal seorang warga emas nama Ok- Boon yang kerja dia tiap- tiap hari adalah pergi pejabat daerah untuk report segala masalah tentang kawasan kejiranan dia. Kiranya kaki report nombor satulah. Sebab itulah jugak nickname dia Goblin ??? (Jap, aku lupa). Ha’ah, Goblin Granny!

-Jadi semua orang kat pejabat ini dah masak betul dengan perangai mak cik Ok- Boon kita ini. Hingga muncul seorang pekerja baru nama, Park Min Jae. Bang Min Jae kita pun sampai naik pening kepala dia nak hadap perangai mak cik Ok- Boon. Apa yang tak sakit kepalanya. Tiap hari ada aje aduan dia.



-Lagi Bang Min Jae sakit kepala bila mak cik Ok- Boon mintak ajarkan dia  English. #Adalah sebabnya ya# Terjadilah beberapa peristiwa yang menyebabkan Min Jae akhirnya bersetuju untuk jadi tutor mak cik Ok- Boon.




-Hubungan diorang makin lama makin akrab. Hingga tibalah saat, mak cik Ok- Boon bukak kisah silam dia. #kat sini. rasa nak menitis aje air mata. tapi cover diri sebab ada roomate. malu bhai! haha! kat sini jugak. sampai dah lupa yang genre cerita ini adalah, comedy. Memang mainkan perasaan betul!

-Kisah silam mak cik Ok- Boon ni betul- betul sedih.

****

Untuk aku sendiri. Inilah plot twist yang aku tunggu- tunggu. Dan yang sebenarnya aku tak jangkakan akan adanya plot twist tu. Lagi gempak dari The Witch Part 1: The Subversion.

-Permulaan cerita. Aku ingatkan jenis straight forward je. Dan 100 percent comedy. Rupa- rupanya dia main perasaan aku sungguh.

-Cerita yang bukan sekadar boleh buat kita tergelak tapi cerita ni jugak ajar tentang erti keluarga yang sebenar.

*Lain kali aku nak tengok lagi cerita yang macam gini.

Bagi aku rating dia: 10/10

Review The Witch. Part 1: The Subversion

Hi,

Genre action antara genre kesukaan aku. Mostly sebab adanya plot- twist. Sebiji movie yang satu ini.

The Witch. Part 1: The Subversion


-Movie Korea
-Tahun: 2018
-Genre: Action & Mystery
-Pelakon: Adeh! Malas aku nak senarai.
Kim Da mi sebagai Goo Ja Yoon. Dia hero dia jugaklah heroin.

Sinopsis:

-Permulaan cerita dah buat penglihatan aku ni tak tentu hala. Biasa ah, camera angle. Kejap tunjuk sini. Kejap tunjuk sana. Nak bagi suspens kan. Dan awal- awal lagi dah pandai main perasaan, curious tahap Mega kau! (Bila aku baca balik apa aku taip ni, rupanya ini bukan sinopsis yang seperti aku gambarkan) (#proceed perenggan ke-2 kali ini serius sinopsis movie).

-Cerita pasal seorang budak perempuan umur 8 tahun yang melarikan diri daripada suatu organisasi ini. (Kau paham- paham ler. Kalau dah cerita jenis suspens gini, takde organisasi baiknya diorang ni).

-Lari punya lari. Akhirnya budak perempuan ni jatuh pengsan (penat weh asyik lari je, koman- koman director bagi ler basikal) kat rumah pasangan suami isteri ni. Dan pasangan ni adopt la budak perempuan ni dan namakan dia Goo Ja Yoon.

-Lepas tu nak dijadikan cerita. 10 tahun kemudian. Mak si Ja Yoon ini jatuh sakit. Hidap alzheimer. Dan nak tambah dramatik. Ternakan si ayah banyak yang mati. Jadi mereka 3 beranak ini kuranglah duit. 

-Ja Yoon ni pulak ada sorang BF nama, Myung Hee. Myung Hee yang faham dengan krisis family Ja Yoon.. bagi cadangan untuk Ja Yoon sertai satu uji bakat, Star Birth. Lebih kurang rancangan realiti tunjuk bakat lah. Hadiah dia berbentuk wang tunai. Jadi Ja Yoon ni berminat dan pergilah uji bakat. Dan.. dia berjaya dan makin dikenali ramai.

-Nah! Kat sinilah, problem muncul satu persatu. Sejak dari tu, ramai stranger cuba dekati Ja Yoon.. yang berusaha nak mati mengingatkan Ja Yoon tentang zaman kanak- kanak dia.

-Kemuncak cerita bila sekumpulan penyangak terjah rumah Ja Yoon dan cuba bunuh satu family tu. 

-Cuba bunuh ya! Tak berjaya bunuh pun. Dan lepas tu bermacamlah benda lain yang jadi. Yang akhirnya bawak Ja Yoon kembali ke organisasi itu.

-Big plot twist! Ya. Big sangat. Korang sendiri kena tengok cerita ni. Sakit jiwa betul aku bila yang dituduh jahat tu sebenarnya baik. 

***

Untuk aku sendiri, action cerita ni mantap jiwa sangat. Action The Villainess dah mantap. Cerita ni lagi mantappp. 

So rating: 9.0 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...