Hello,
It’s Movie Review Time!
Movie pilihan ke-2 aku adalah movie bertemakan cerita hantu dan juga thriller. Dan insya- Allah, best *tapi tak adalah tahap meloncat sampai bumbung.*
Review The Mimic
What’s?
-Movie Korea
-Release tahun 2017
-Genre: Hantu *tak seram mana pun. acah- acah hantu lagi ada* & Thriller
Cast:
-Yum Jung- ah as Hee- yeon
-Park Hyuk-kwon as Min- ho
-ramai lagi daa...
-ramai lagi daa...
Sinopsis The Mimic:
Hee Yeon dan family dia berpindah ke pedalaman (tak ada pedalaman sangat sebab rumah yang diorang pindah gempak habis). Lepastu 1 hari ada 2 beradik datang ke rumah Hee Yeon. 2 beradik ni mencari anjing diorang yang hilang. Demi mencari anjing, diorang (2 beradik & Hee Yeon & husband) terbawa ke satu gua. Dalam gua inilah hantu itu berasal. Lepastu muncul pula sorang budak perempuan nama Joon Hee (aku menyampah habis dengan budak ni, sampai sekarang kot berdendam). Sejak Joon Hee muncul macam- macam benda pelik jadi kat family Hee Yeon.
Review aku:
-Seram: Tak adalah seram sangat. Aku rasa budak bawah umur 12 tahun pun boleh aje kita bagi tengok.
-Kelakar: ... sebut pasal kelakar. Kelakar itu ada. Lebih- lebih lagi part Hee Yeon jawab telefon masa nak keluar dari gua. Wah! Cerita Tamil pon kalah dengan scene ni.
-Depression: Cerita ni jugak pasal Hee Yeon yang depress sebab anak lelaki dia nama Joon Seo hilang. Depress dia itu memang teruk sangat sampai Hee Yeon sanggup buang family sendiri. Sumpah, di scene ni aku benci habis dekat Heo Yeon.
-Lakonan: Bukan setakat ok tapi menjadi sangat. Budak perempuan yang pegang watak Joon Hee memang pandai berlakon. Aku rasa budak ni jugak yang main dalam cerita Legend of the Blue Sea. Semua pelakon tak awkward dengan watak masing- masing walaupun sekejap je keluar. Macam polis dengan makcik bomoh.
-Perwatakan Hee Yeon sorang yang berani? Aku tak nafikan dia sorang yang berani. Aku rasa tak ada perempuan dalam dunia ni akan sanggup ikut hantu masuk gua. Sifat Hee Yeon ibarat sendiri nak terjun gaung. Mostly aku tak suka dengan keberanian Hee Yeon sebab at last dia sangat menyusahkan orang lain termasuk suami dia sendiri.
-Jalan cerita: Permulaan, okey! Senang untuk faham jalan cerita kalau stay focus aje. Tapi aku tengok dengan member aku. Mostly dia akan tutup mata. So at last dia tanya aku je jalan cerita macam mana.
Tapi...
Part akhir cerita sangat tergantung. Serius, aku tak puas hati sebab rasa membazirkan masa aje tengok cerita ni. Tapi, bolehlah tengok sekadar nak hilangkan bosan.
Rating : 5.4/10
korea memang suka buat cerita hantu ending tergantung eh?
ReplyDeletehaha! ending cite ni spoil sikit la
Delete