Friday, 19 February 2021

Final Year Project

Pada postingan aku yang sebelum ini, aku sudah kongsikan sedikit tentang FYP. Itupun, yang lama. 


Tajuk projek tahun akhir aku semestinya berkait dengan fermentation. Semestinya aku sukakan fermentation (sangat suka sebenarnya). Bila sebut pasal fermentation, haruslah aku deal dengan microbe. Oh ya, challenging sebenarnya sebab renyah nak kena pelihara. Ibarat menatang minyak yang penuh, begitulah aku memelihara kehidupan makhluk Tuhan ini. Sebab bila tak jadi, wajib kena REPEAT eksperimen dan sesungguhnya perkara itu amat menyakitkan.

Jadi, inilah realitinya. Kalau tak repeat, semestinya results tak valid. Tak pasal-pasal, membawa kepada thesis, jadi "tak cantik." Aku sendiri banyak kali kena repeat, tapi tak apa inilah proses pembelajaran. Daripada salah dan silap inilah aku belajar satu-persatu. Actually jaga microbe macam jaga diri sendiri. Hahaha!

Perkara kedua pulak, aku deal dengan equipments. Mostly, equipment yang aku tak arif disebabkan analysis aku berkait dengan others department punya testing. Such as, untuk tensile testing. Aku jugak ada analysis SEM, XRD, TGA. 

Sakit sebab benda tak arif tetiba kena buat. Tapi inilah learning process. Daripada aku tak tahu nak construct graph untuk FTIR dan XRD dalam Ms Excel, sekarang aku dah tahu. Alhamdulillah. Bila semua ini tamat, sememangnya aku rasa penderitaan aku itu berbaloi. Hahaha! Sebab aku sentiasa belajar benda yang baharu.

Oh ya, semestinya pengurusan masa sangat penting. Mulalah eksperimen dari awal. Hakta, aku yang mula awal, siapnya semput. Yalah, sebab deal dengan microbe kan. Asyik kena repeat je (punca aku selalu kena halau keluar dari lab,  haha)

Thursday, 18 February 2021

Selepas setahun: Review The Untamed

(Apa khabar semua? Orite tak orite tu? Hopefully, semua okey) Selepas setahun lebih, I’m back! Takyah gue sendu- sendu)

That’s true! The Untamed tersangatlah popular, best, dan worth-watching. Aku sebenarnya agak ketinggalan dibandingkan peminat-peminat cdrama yang lain. Apa taknya, cdrama ini keluar tahun 2019 dan penghujung tahun 2020 barulah aku menengoknya.

Alasannya, aku bukanlah peminat drama. Bagi aku, drama ni ‘terlampau berat’ dan perlukan komitmen untuk menghabiskan kesemua episod yang ada. As we always know, episodnya banyak. That’s why aku prefer movies!

Then, kenapa jugak aku tengok The Untamed sedangkan ia drama dengan total episod... 50. First thing first, aku listkan dulu point-point penting gitu. 


Title: The Untamed 

Genres: Action, Adventure, Historical, Mystery, Fantasy

Country: China

Type: Drama

Total Episode: 50

Aired: 27 Jun 2019-7 Aug 2019

Score: 9.1

Character: Wei Wuxian (Sean Xiao)

 Lan Zhan (Wang Yibo) etc (banyak sangat... jenuh nak list)

(By the way, points ni bersumberkan Dramalist)

Sebelum tengok, aku haraplah drama ini dapat ubah aku punya persepsi pada drama since aku allergik- drama esp genre historical. Pendek kata, aku ini memilih.. haha! Since family member aku suggestkan so aku tengok.

 

Episod 1: Seriously, aku tak dapat hadam apa-apa. Adakah sel-sel otak aku ini terlampau susah nak berhubung waktu PKPB ini ataupun drama ini terlampau berat sangat?

And actually, drama ini yang berat.

For those, yang nak tengok, pesan aku, it’s okay untuk korang kalau tak faham. And actually, aku joted down nama setiap watak since nama untuk satu-satu watak pi bantai dua-tiga nama. Nampaklah kegigihan aku untuk benda yang tak menyumbang kepada kesejahteraan CGPA! Haha!



Episod 1-8/9: Agak membosankan. Aku hampir give-up. Tapi paksa jugak menengoknya.

Episod 9/10: Dah mula enjoy! Tak sanggup nak tidur. Tapi mengenangkan aku lebih pentingkan tidur, aku tidur!

 Sinopsis:

Wei Wuxian dari Jiang Clan while Lan Zhan dari Gusu Clan. Diorang ketemu gitu. Tapi tak ngam since perangai diorang kontra. Apapun since then diorang berkawan dan mulai rapat. Lepastu terjadilah beberapa kejadian. Wei Wuxian mati dan dihidupkan semula. After that, dia dan Lan Zhan solvekan misteri dibalik kejadian tu. (It’s better to record compared to explaination)

 Hero awal-awal dah mati. Takde mood gue. Tapi paksa tengok jugak. Episod 2-33 di mana episod flashback Wei Wuxian untuk kisah lama dia sebelum dihidupkan semula. (16 tahun lepastu dia dihidupkan semula).

Pendapat aku, inilah flashback terpanjang di dunia. Haha! Episod 33-50 Wei Wuxian’s current life.

 Kesimpulan, aku suggestkan cdrama ini for those yang belum tengok. Even me, belum dapat move-on. Bagi aku drama ini seriously bagi pengajaran (banyak) & korang kena menilai sendiri. Akhir kata... serious best!!!!

 

Rating: 10/10