Friday, 25 May 2018

Perbezaan Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan

Hai guys,

Kebanyakan orang masih keliru antara 2 course ini. Kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan. Dan kawan- kawan aku masih ramai yang keliru. Untuk mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan maklumat, ada beberapa perbezaan antara kedua- dua kos yang aku harap hilanglah kekeliruan itu.

Perbezaan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan


Kejuruteraan:

-Silibus pembelajaran lebih kepada teori berbanding praktikal/hands-on. Maksud aku, korang akan lebih banyak mengadap buku dan juga pensyarah daripada buat pekerjaan praktikal di dalam makmal.

*Ada sesetengah uni yang buat macam ni. Sem 1 overall belajar teori. Sem 2, barulah masuk lab (hands- on) sambil itu belajar gak teori.

-Bagi korang yang sangat suka membaca, memang elok sangat pilih/belajar kejuruteraan.

-Tahap kesukaran: Semestinya lebih sukar kejuruteraan. Sebab banyak kena baca. Dan ssssssangatlah banyak kena baca. Sampai akan tiba semester akhir, kau mula fikirkan apa yang kau belajar selama ini. (Student teknologi kejuruteraan pun ramai macam ni).

-Selepas grad of course dapat title engineer. Dan kalau sambung sikit lagi, dapat lagi title IR. 

-Course work dan final exam: Depend kepada universiti sebenarnya. Macam uni kawan aku, walaupun course kejuruteraan pecahan course work dan final exam sebijik macam course teknologi kejuruteraan iaitu 60:40. 60% coursework, 40% final exam.

Coursework:

-Lab report
-Test
-Quiz
-Assignment
-Presentation
-Mini project
-Lab test
-Dan sebagainya.

*lagi tinggi percent coursework lagi untung. Tapi sayangnya, 60% aku rasa paling tinggi untuk coursework. Dah bagi betis nak paha pulak.

-Dan ada yang 50:50. Maksudnya, 50% coursework, 50% final exam. Maksudnya, memang kena berhempas pulas sikitlah sebab 50:50. Malam final, tak tidur la kau! Haha!

-Lagi satu, 40:60. Maksudnya, 40% coursework dan 60% final exam. Okey, kalau dapat macam ni memang susah. Dan kuatkan usaha!

-Kalau sembang pasal peluang pekerjaan di Malaysia. Student- student lepasan kejuruteraan ada banyak kelebihan berbanding student- student teknologi kejuruteraan. Disebabkan, masih ramai Malaysian yang tak tahu pasal teknologi kejuruteraan.

-Antara universiti yang menawarkan course kejuruteraan: UMP, UPM, UNIMAP, UNIKL (ICOLE), UITM, UKM, USM, UTM, UPNM, UTEM.

*mungkin masih banyak lagi yang aku tak senaraikan.



Teknologi Kejuruteraan (TK):


-Berbeza daripada kejuruteraan yang sangat pentingkan teori. Student- student teknologi kejuruteran (TK) lebih banyak didedahkan/diajar hal- hal praktikal. Maksud aku, korang akan lebih banyak buat kerja hands-on di dalam makmal/workshop berbanding baca buku (teori). Tapi aku rasa, statement macam itu sebenarnya salah sebab aku tengok ada ramai student TK yang struggle habis bila belajar. Yelah! Sebab diorang perlu kejarkan banyak perkara. Nak membaca (teori) satu hal. Nak buat kerja praktikal (masuk makmal) satu hal. Sampai ada tak sempat makan kau!

-Bagi korang yang sssssangat suka kepada kerja hands-on patut grab peluang untuk belajar dalam course TK ini. Sebab bila dah minat, dapat dekan tiap sem kau!

-Tahap kesukaran: Lebih mudah berbanding kejuruteraan. Tapi kalau buat tak endah, tak datang kelas, tak ambil test... gagal jugak.

-Selepas grad sayangnya korang tak dikenal sebagai engineer tapi sebagai technologist. Tapi kat Malaysia ni, semua hentam panggil engineer jugak. Satu hal lagi, peluang untuk pakai title IR takde untuk student TK.

-Coursework dan final exam: 60:40. 60% coursework, 40% final exam. Sebab itulah TK lebih mudah dari kejuruteraan.

-Cakap pasal peluang pekerjaan. ADA peluang kerja, kalau fokus cari kerja. Bukan duduk tanam anggur. Untuk student TK sebenarnya ada banyak pecahan major- major nya apa ke benda (sama aja dengan kejuruteraan). Contohnya Teknologi Kejuruteraan (Sustainable Energy)/(Process Plant). Lebih kurang gitulah.

-Antara Universiti yang menawarkan course TK: UMP, UNIMAP, UNIKL (universiti pertama yang perkenalkan course TK).

*mungkin masih banyak lagi yang aku tak senaraikan.


???? Yuran pengajian untuk kejuruteraan dan TK aku tak pasti. Depend pada universiti. Tapi serasa aku, yuran kejuruteraan lebih mahal berbanding TK.

P/s: Kalau ada sebarang maklumat tambahan atau pembetulan aku akan EDIT entri ini semula.

Itu saja daripada si kacang. Salam Ramadan!

Friday, 18 May 2018

Review Peter Rabbit

Salam Ramadan ke-2 & Salam Jumaat,

Lately, aku agak busy dengan kerja. Kerja yang bagi aku... “entah bila akan selesai...” tapi insya- Allah akan aku selesaikan. Sebelum berblogging dulu aku ingatkan berblogging ini perkara yang mudah. Semudah ABC ataupun 1 + 1 = 2... tetapi nampaknya expectation aku salah. Berblogging amat memerlukan displin yang tinggi terutamanya untuk menulis setiap hari. Jadi nampaknya aku kurang (sangat kurang) berdisplin. 

Aku kembali untuk meng- review sebuah movie.

Review Peter Rabbit




What’s?

-Movie Hollywood
-Release 2018
-Genre: Fantasy & Adventure
-Rating: Di bawah ya.

Sinopsis Peter Rabbit:

Cerita pasal arnab yang bernama Peter. Peter bersama 3 adik- adiknya (Flopsy, Mopsy dan Cotton Tail) dan  seekor(awkwardnya) sepupunya, Benjamin suka mencuri makanan (buah- buahan & sayur) dari kebun Mr. McGregor. Ditakdirkan suatu hari, Mr. McGregor meninggal. Selepas tu muncul anak saudara Mr. McGregor, Thomas yang bekerja di London. Thomas balik ke kampung semata untuk menjual kebun dan rumah pak saudaranya. Selepas tu, Thomas mula berkawan dengan Bea (jiran Mr. McGregor). Thomas fall in love kepada Bea lepastu diorang berpisah dek konflik yang ditimbulkan oleh Peter and the gang. Dek rasa bersalah diorang cuba satukan kembali Thomas & Bea. Selepas itu... happy ever after. Gitulah serba sedikit.

Review aku:

-Jalan cerita yang cukup simple tapi sangat menghiburkan. Aku suka habis dengan karakter Benjamin sebab dia lebih gemuk dari yang lain dan gemuk itukan ohsem.

-Kekadang rasa geram sikit dekat Peter and the gang sebab terlampau nakal. Kesian Mr. McGregor dibuat Peter.

-Music dalam movie ini semuanya best- best. Jadi takdelah bosan bila dengar watak- watak dalam ni asyik bercakap aja. Cerita budak- budak dengan aku sekali yang sangkut.

Rating: 9.2/10

Wednesday, 9 May 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

Hi peeps,


Hari ni aku berkesempatan untuk join contest giveaway daripada blogger Siqahiqa, selepas sengaja curi- curi masa sebelum mengadap bos. Ampun bos! Terima kasih jugak kepada akak Siqahiqa yang offer aku untuk join giveaway ini.

By the way, apa yang best tentang giveway ini? Senang cakap, hadiah- hadiah yang ditawarkan kak Siqah ni semuanya best- best especially hadiah buku quote itu.

Syarat giveaway ini kacang aja seperti kacangnya nama aku. Actually, untuk korang yang nak join boleh refer terma dan syarat dari blog empunya contest ini atau klik saja gambar di atas. Dateline sehingga 13 Mei 2018 tau. Masih ada masa ni gais! Orang tua- tua cakap, lagi ramai lagi meriah. Jom meriahkan contest ini!!!

Setakat ini saja daripada si kacang melaporkan sebelum mengadap bos. (Doakan si kacang ini tak diserang bos seperti Megatron menyerang)... (Btw, kepada bos yang duk tengah kalut tentang SOP... stay strong ya bos). Belum lagi student bos ini bakar SOP bos dah kalut macam tu sekali.

Ampun bos!

*Kerana entri ini dipost pada 9 Mei, maka selamat mengundi para pengundi!

Sunday, 6 May 2018

Review The Technicians

Yello,
The Technicians antara movie yang aku tengok berulang- ulang kali disebabkan jalan ceritanya yang sangat ohsem. Serius, tak tipu! Aku sangat rekomenkan cerita ini untuk korang.

Review The Technicians/ The Con Artists




What’s?

-Movie Korea
-Release 2014
-Genre: Thriller, Crime

Cast:

-Kim Woo bin as Ji hyuk
-Lee Hyun woo as Jong bae
-Koo Chang seok as Goo in

Sinopsis The Technicians:

Cerita pasal Ji- hyuk yang buat pelan untuk merompak. Jadi dia cooperate dengan 2 membernya. Seorang engineer (Goo in) dan seorang hacker (Jong bae). Diorang bertiga ini merompak di kedai emas. Lepastu rahsia diorang pecah dan diorang dipaksa untuk merompak duit dari pelabuhan Incheon oleh ketua gengster.

Review aku:

..kalau korang suka genre crime dan thriller, movie ini antara movie yang korang WAJIB tengok (hambik! takde sunat dah terus aku letak wajib). Aku sendiri  excited habis bila cerita ini akhirnya release.

..jalan cerita dia saling berkait. Kena tengok satu- satu dan jangan skip. Dari awal sampai akhir!!! Bila tengok tanpa skip barulah korang akan faham. Jalan cerita sangat ohsem (Sssangatlah ohsem). Bila tengok semua, baru faham setiap muslihat Ji- hyuk.

..ada sikit je plot cinta- cintun.. dalam 4 percent gitu lepastu semua fokus kepada Ji- hyuk yang merancang untuk merompak. Skil merompak dia memang ohsem habis. Merompak tak cuma guna tenaga tapi jugak pakai otak. Part pakai otak itu...  parah hebat!!. 

Rating: 10/10


Saturday, 5 May 2018

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com



Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Korang cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog korang dengan cara copy-paste template coding yang AS bagi tu, ke dalam new post blog korang dalam mod HTML.


parenting blogger malaysia
Giveaway akan tamat pada 31 Mei 2018.




Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! Tudia, tatabahasa kelaut!.hahaha


Korang dibenarkan teka seberapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri. 


Bermakna jika korang teka tiga tarikh yang berlainan, maka korang akan ada 3 entri giveaway ni kat blog korang.


Jelas?


Bagus. 


Ok. Untuk pemilihan pemenang.


AS akan pilih berdasarkan jawapan paling tepat dan paling hampir.


Pemenang akan dimumkan pada 1 Jun 2018 nanti.


So selamat berjaya ye korang!l



  • Soalan : AS menyambut uangtahun perkahwinan yang ke?


              
  • Jawapan : 
          Ulangtahun ke-6    



Jangan lupa tinggalkan link entri korang kat ruangan komen ye?! Kalau rajin, korang follow la sekali blog ni. Takde lah nanti korang terlepas update pasal pemenang giveaway ni  ^_^




Friday, 4 May 2018

Review The Mimic

Hello,

It’s Movie Review Time!

Movie pilihan ke-2 aku adalah movie bertemakan cerita hantu dan juga thriller. Dan insya- Allah, best *tapi tak adalah tahap meloncat sampai bumbung.*

Review The Mimic


What’s?

-Movie Korea
-Release tahun 2017
-Genre: Hantu *tak seram mana pun. acah- acah hantu lagi ada* & Thriller

Cast:
-Yum Jung- ah as Hee- yeon
-Park Hyuk-kwon as Min- ho
-ramai lagi daa...

Sinopsis The Mimic:

Hee Yeon dan family dia berpindah ke pedalaman (tak ada pedalaman sangat sebab rumah yang diorang pindah gempak habis). Lepastu 1 hari ada 2 beradik datang ke rumah Hee Yeon. 2 beradik ni mencari anjing diorang yang hilang. Demi mencari anjing, diorang (2 beradik & Hee Yeon & husband) terbawa ke satu gua. Dalam gua inilah hantu itu berasal. Lepastu muncul pula sorang budak perempuan nama Joon Hee (aku menyampah habis dengan budak ni, sampai sekarang kot berdendam). Sejak Joon Hee muncul macam- macam benda pelik jadi kat family Hee Yeon.

Review aku:

-Seram: Tak adalah seram sangat. Aku rasa budak bawah umur 12 tahun pun boleh aje kita bagi tengok.

-Kelakar: ... sebut pasal kelakar. Kelakar itu ada. Lebih- lebih lagi part Hee Yeon jawab telefon masa nak keluar dari gua. Wah! Cerita Tamil pon kalah dengan scene ni.

-Depression: Cerita ni jugak pasal Hee Yeon yang depress sebab anak lelaki dia nama Joon Seo hilang. Depress dia itu memang teruk sangat sampai Hee Yeon sanggup buang family sendiri. Sumpah, di scene ni aku benci habis dekat Heo Yeon.

-Lakonan: Bukan setakat ok tapi menjadi sangat. Budak perempuan yang pegang watak Joon Hee memang pandai berlakon. Aku rasa budak ni jugak yang main dalam cerita Legend of the Blue Sea. Semua pelakon tak awkward dengan watak masing- masing walaupun sekejap je keluar. Macam polis dengan makcik bomoh.

-Perwatakan Hee Yeon sorang yang berani? Aku tak nafikan dia sorang yang berani. Aku rasa tak ada perempuan dalam dunia ni akan sanggup ikut hantu masuk gua. Sifat Hee Yeon ibarat sendiri nak terjun gaung. Mostly aku tak suka dengan keberanian Hee Yeon sebab at last dia sangat menyusahkan orang lain termasuk suami dia sendiri.

-Jalan cerita: Permulaan, okey! Senang untuk faham jalan cerita kalau stay focus aje. Tapi aku tengok dengan member aku. Mostly dia akan tutup mata. So at last dia tanya aku je jalan cerita macam mana. 

Tapi...

Part akhir cerita sangat tergantung. Serius, aku tak puas hati sebab rasa membazirkan masa aje tengok cerita ni. Tapi, bolehlah tengok sekadar nak hilangkan bosan.

Rating : 5.4/10