Friday 18 May 2018

Review Peter Rabbit

Salam Ramadan ke-2 & Salam Jumaat,

Lately, aku agak busy dengan kerja. Kerja yang bagi aku... “entah bila akan selesai...” tapi insya- Allah akan aku selesaikan. Sebelum berblogging dulu aku ingatkan berblogging ini perkara yang mudah. Semudah ABC ataupun 1 + 1 = 2... tetapi nampaknya expectation aku salah. Berblogging amat memerlukan displin yang tinggi terutamanya untuk menulis setiap hari. Jadi nampaknya aku kurang (sangat kurang) berdisplin. 

Aku kembali untuk meng- review sebuah movie.

Review Peter Rabbit




What’s?

-Movie Hollywood
-Release 2018
-Genre: Fantasy & Adventure
-Rating: Di bawah ya.

Sinopsis Peter Rabbit:

Cerita pasal arnab yang bernama Peter. Peter bersama 3 adik- adiknya (Flopsy, Mopsy dan Cotton Tail) dan  seekor(awkwardnya) sepupunya, Benjamin suka mencuri makanan (buah- buahan & sayur) dari kebun Mr. McGregor. Ditakdirkan suatu hari, Mr. McGregor meninggal. Selepas tu muncul anak saudara Mr. McGregor, Thomas yang bekerja di London. Thomas balik ke kampung semata untuk menjual kebun dan rumah pak saudaranya. Selepas tu, Thomas mula berkawan dengan Bea (jiran Mr. McGregor). Thomas fall in love kepada Bea lepastu diorang berpisah dek konflik yang ditimbulkan oleh Peter and the gang. Dek rasa bersalah diorang cuba satukan kembali Thomas & Bea. Selepas itu... happy ever after. Gitulah serba sedikit.

Review aku:

-Jalan cerita yang cukup simple tapi sangat menghiburkan. Aku suka habis dengan karakter Benjamin sebab dia lebih gemuk dari yang lain dan gemuk itukan ohsem.

-Kekadang rasa geram sikit dekat Peter and the gang sebab terlampau nakal. Kesian Mr. McGregor dibuat Peter.

-Music dalam movie ini semuanya best- best. Jadi takdelah bosan bila dengar watak- watak dalam ni asyik bercakap aja. Cerita budak- budak dengan aku sekali yang sangkut.

Rating: 9.2/10

11 comments:

  1. da tgok jgk movie ni. rasa kelakar bila dieorg kenakan thomas tu

    ReplyDelete
  2. Betol. Yang Thomas pon suka cari pasal dgn diorang

    ReplyDelete
  3. Boleh masuk list lepas ni nak tengok dengan si kecik. Good review anyway :)

    ReplyDelete
  4. best cite ni, rabbit dlm ni cute cute ja

    ReplyDelete
  5. ok belom tengok movie ni, jap nak usha usha

    ReplyDelete
  6. haritu nak download dah tapi takut tak best. Okay boleh tengok lepas ni :D

    ReplyDelete
  7. Tak tengok lagi cite ni.. Baca review Bean macam best haha

    ReplyDelete
  8. hri tu Del sempat tengok ni masa datang raya rumah sedara.. suka tgok visual kartun tu..cantik

    ReplyDelete

Feel free to call me (Bean) and be nice okay