Tuesday, 7 May 2019

Life As a Student

Assalamualaikum guys,

Belakangan ni dah jarang aku aktif kat blog. Rasa dah hilang mood nak berblogging tu. Dan untuk entri ini pun aku paksakan diri untuk tulis sesuatu. Lebih baik ditulis sesuatu daripada dibiar bersawang. Kang tak pasal- pasal aku lupa yang aku ada blog.



Masuk perenggan ke-2, sampai sini aku masih tak tahu nak tulis atau cerita pasal apa. Kalau nak suruh cerita, aku bukanlah mahir untuk berlipurlara.

Maybe, tulis sikit pasal life aku as a student.

“Penat wei!”

“Sumpah penat. Langsung tak tipu.”

Lepas aje submit assignment A. Assignment B pula bagi salam. Bila submit assignment B. Assignment C pula datang dengan terhegeh- hegehnya.

Tak dapat tidak. Tiap- tiap assignment yang datang sekarang ni bagaikan tsunami yang membadai. Nasib masih selamat. Tapi itulah, kadang- kadang fed- up sampai tak terucap dengan kata- kata.

Tapi kuatkan juga hati ini dengan janji, “tak nak hampakan mak ayah.” Ya Allah, harap- harap aje Engkau tak membolak- balikkan hati ini, Ya Allah.

Sambung sikit. Minggu depan Test 2. Rasa nak hantuk aje kepala ni kat meja. Pejam celik pejam celik, final hampir bagi salam. Telan liur aku, fikirkan berapa kerat ilmu aje ada tersimpan dalam kepala aku dari awal semester sehinggalah sekarang.

Ya. Rasa penat sangat- sangat. Pembakar semangat aku sekarang ni cuma SATU. Iaitu parents aku. Tanpa diorang siapalah aku sampai sekarang, walaupun aku acap kali duk cakap, “kenapalah aku ambik course ni?” Hrmm.. Mungkin sampai gradlah aku akan ulang cakap benda yang sama. Yes, my life as a student.

No comments:

Post a Comment

Feel free to call me (Bean) and be nice okay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...