Sunday, 7 April 2019

Ke SWCorp, Melaka + Leachate Treatment

Assalamualaikum,

Finally... Adanya entri untuk tahun 2019. Lega.

Jadi Jumaat lepas aku dan groupmate ke SWCorp di Bangunan Graha Maju, Melaka untuk compeletkan kitorang punya task/ assignment berkaitan landfill management. Betullah orang cakap hidup ni tak selalunya indah. Bukan senang nak sampai sana. Termakanlah jugak sesat + jame yang sangat umph. Keluar je dari kereta... Wah, hujan turun bhai. Berbekalkan beg usunglah atas kepala jadikan payung. Tak boleh nak ngada- ngada tak nak turun kereta sebab kitorang semua dah lambat. Dan tak ada orang nak heran pun.

Sampai kat bangunan Graha Maju tu terus ke tingkat 7. Even, mak cik guard pun dah maklum kitorang datang nak buat interview. #So, sebelum group kitorang dah ada 2 group yang dah sampai. Dengan tudung yang dah macam lepat pisang dan beg kuliah yang perghhh... basahnya... kitorang terus masuk ke bilik meeting di tingkat 7 tu.

Lepas kenal- kenal macam tu. Kitorang start lah 'kerja.' Kat sana, ada 4 orang staf SWCorp. Engineer, Encik Nuzul Azwan, Asst. Engineer. Dan 2 orang staf yang kau tak maklum gerangan siapakah mereka. #gara- gara kitorang masuk lambat.

Serius, mereka baik gila- gila. Soalan kitorang yang ciput je diorang jawab dengan sangat panjang dan bernas. Dan aku sampai terfikir, boleh ke aku jawab macam ni bila aku dah kerja nanti (andai relate dengan course aku). Serius, aku salute dekat diorang. Layanan diorang SSSSSangatlah terbaik. Siapkan minum- makan lagi.

Lepas tu ada la sikit sesi berfoto apa semua. Sebelum kitorang balik 2 jam kemudian.

#Tajuk assignment aku pasal leachate treatment. And ofkos, aku perlu ke landfill... kesiannya kitorang perlu pergi next week. Dan aku waktu itu aku tak free. Sedih nya Ya Tuhan.

### Terima kasih sangat- sangat untuk grup * yang sudi tolong group kitorang interview site eng. sana pasal leachate. Terima kasih gais.

No comments:

Post a Comment

Feel free to call me (Bean) and be nice okay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...