Wednesday, 26 December 2018

Final Year Project (FYP) Part 1 [Pilih Tajuk & Supervisor]

Ok. And Hi.

Agak eksaited sebenarnya nak tulis pasal ni. Aku sangat terhengen nak berbagi kisah ‘penderitaan’ aku dengan kau orang. Serius tak tipu, FYP buat aku suffer. Hehe! First of all, ada banyak part. Jadi part ni aku nak cerita gitu- gitu je. Misalnya, sistem pilih tajuk dan supervisor (SV) FYP.

Tips Pilih Tajuk dan Supervisor FYP

Ok. So let’s find out:

Untuk pilih tajuk dan SV ada 2 cara:
1. Manual
2. Online System

MANUAL

1. Manual- Batch aku tak merasa sistem manual memandangkan batch aku punya online. Manual ni ada pros and cons dia la. Sama jugak dengan online system.

2. Maksud manual ni macam mana? - Maksudnya kau orang kena pergi jumpa lecturer tu face- to- face ketuk ofis dia then kau orang buatlah muka sememeh- seposen sikit & merayu- merayu sikit mengharapkan dia sudi menjadi SV kau orang. Macam anak terpinggir pulak kan. 

3. Pros dia: Dah namanya kena pergi jumpa face- to- face jadi aku sangat confirm yang kau orang akan pilih lecturer gegemaran (kegemaran) kau orang. Yang kau orang ngam dan yang kau orang kamceng.

4. Cons dia: Dah namanya kena pergi ketuk pintu ofis lecturer semestinyalah ambil masa. Kekadang pergi jumpa lect pilihan A kau orang kena rejek.. padan muka.. haha... terpaksa pergi jumpa lect pilihan B pun direjek jadi merangkak- rangkak ke pilihan C. Ambil masa! Tapi ada juga first jumpa.. dah dapat SV. Based on rezeki la.

ONLINE SYSTEM 

1. Online System- Okey. Batch aku merasa benda ni. Jadi aku cerita based on experience esp penderitaan la ya. Haha! 

2. Maksud online ni macam mana? Everything online la. Ok, hambar! Maksudnya pilih tajuk dari sistem.

3. Pros dia: Menjimatkan masa. 

4. Cons dia: 1) Sistem asyik down jerrrrr. 2) Ok. Kalau sudah diberi kemudahan dapat jimatkan masa. Jangan fikir dunia ni indah! Macam batch aku punya style. Online. Tapi... Ada tapi ya. Admin akan release tajuk TANPA LETAK NAMA SV. Maksudnya kau main pilih je tajuk tanpa tahu siapakah bakal ‘pendamping’ kau sepanjang FYP berjalan. Part ni agak kejam sikit. Dapat SV ohsem, ohsem la perjalanan FYP. Dapat SV tak ohsem, tak ohsem la hidup. Ghaha! *Dan lagi satu nak tambah, banyak style admin boleh buat. Misalnya, release nama SV tanpa tajuk. Then discuss tajuk dengan SV. Style 3: Release tajuk dan nama SV. Kalau dapat style ni kau orang patut bersyukur. Betapa mudahnya hidup kau orang!

Q & A:

Soalan 1: Penting sangat ke kita ‘memilih’ SV?
Ans: Sesungguhnya anak- anak sebelum anda memilih bakal pasangan hidup, pilihlah SV dengan teliti. Sangat teliti!

Soalan 2: Lecturer/ SV tengok pointer tak? 

Soalan 3: Ada certain SV letak requirement CGPA 3.5 above. So macam mana?

Ans: Of course tengok anda- anda. Basically, ada 2 sebab dia tengok pointer sebelum dia ambil kau orang sebagai student under her/his supervision.

Ans:
-Reason 1: Lect ni buat research pasal sesuatu projek. Then, kau kena tolong dia siapkan projek(experiment) dia. Contohnya kau orang settle part 1234 lepas tu dia pulak proceed kepada part 5678910. Agak suffer. Biasanya lect yang gigih nak dapatkan Ph.D

-Reason 2: Dia tengok pointer supaya dia bagi tajuk refer on pointer kau orang. Kalau pointer tinggi bakhang, agak susah sikit la tajuk tu. Dan begitu sebaliknya.

Soalan 4: Boleh tak tukar SV? 
Ans: Bab tukar SV aku tak pernah dengar. Misalnya kau tak ngam dengan dia kau nak tukar SV. Amboi! Don’t be too immature.

Tapi... ada satu situation yang SV orang lain akan guide kau orang. Apa maksudnya tu? Kes ni terjadi bila SV kau tak master dalam tajuk tu dan terpaksalah SV lain guide kau.

Soalan 5: Boleh tak tukar tajuk?

Ans: Depend on SV. Kawan aku pun tukar tajuk. Bukan sekali tukar tapi 3 ke 4 kali terpaksa tukar. Tajuk first dia sangatlah gempak. Dia, orang pertama buat tajuk ni. Sedihnya, result tak dapat. Memang hancur gila la experiment dia. Dan proceed ke tajuk ke-2. Pun gagal. 

Soalan 6: Aku rasa soalan paling famous ni. FYP ni susah tak?
Ans: Depend pada tajuk. Dapat tajuk senang.. kau patut lompat berirama disertai alunan pantun. Dapat tajuk susah plus memakan masa... cekalkan hati!

Soalan 7: Ada experiment?
Ans: Depend pada course. Course aku wajib masuk lab dan conduct experiment.

Soalan 8: Lama tak FYP ni?
Ans: Sama seperti soalan 6. Depend pada tajuk. Member aku 3-4 kali masuk lab.. experiment dia dah siap. Dan boleh proceed tulis thesis. 

Soalan 9: Soalan popular gak ni. SV akan guide ke?
Ans: Depend pada SV. Sebab itulah aku pesan pilih SV sebaik mungkin. Macam member aku punya SV, dia punya character sangat berbeza dalam class dan dalam lab terutamanya dengan student FYP dia. Dalam class, dia kelakar. Dalam lab, tak kelakar jadi kau orang faham- faham jelah. FYP ni lebih kepada usaha meneruskan hidup seorang diri tanpa bergantung kepada orang lain. Nak harap kat orang lain. Dia orang pun sibuk dengan experiment dia orang.

Soalan 10: SV marah tak experiment/project tak jadi? 
Ans: SV aku baik. Huhu!

Soalan 11: Ada tak student pemalas?
Ans: ADA! Dalam dunia ini ada bermacam jenis manusia.

Soalan 12: FYP ni grouping atau individual?
Ans: Dua- dua ada. Tapi tidak di U aku. Member aku punya U, grouping. Sampai ke thesis dia grouping. Aku punya individual. Bila sesorang kenalah pandai bawak diri, adjust masa antara kelas.. tutor.. mini project.. assignment.. quiz.. test.. lab test. Okey, complete package untuk merasai kesengsaraan.

Soalan 13: Wajib FYP tak? Pun soalan famous.
Ans: U aku punya wajib. Tak ambil kau haram grad. U member aku tak wajib. Boleh ambil untuk naikkan pointer. 

Ya Rabbi. Aku rasa panjang pulak aku bebel. By the way, thank you so much sudi baca! Banyak aku belajar dari FYP ni sebenarnya. Kepada yang sedang ber-FYP selamat meneruskan kehidupan anda sebagai seorang student. Semoga anda cekal menghadapi onak duri ya. Ceh! Skema ayat. 

Good luck!

1 comment:

  1. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ . thanks

    ReplyDelete

Feel free to call me (Bean) and be nice okay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...