Friday, 3 August 2018

Nasi Ayam Klinik Kesihatan

Assalamualaikum semua,

Balik dari pasar. Pelan untuk cari nasi berlauk. Cari dan cari. Tak ada yang jual. Jadi ubah pelan untuk pergi makan kat kedai yang selalu jugak aku pergi.

Kedai ni aku letak nama ‘Nasi Ayam Klinik Kesihatan.’ (Berhampiran KK) Kedai ni tak ada nama, sesedap rasa aku bagi nama. Alahai! Actually makanan paling best kat kedai ni berasaskan mee.. bihun.. dan bubur nasi/ nasi air. Memang juara sangat rasa dia. Terutama bubur nasik. Lauk yang tuan kedai letak adalah ayam. Amount ayam dia memang banyak. Konfem tak tarik muka bila tengok isi dalam mangkuk.

Aku pergi dua orang. Kali ini aku nak cuba nasi ayam. Lagi satu order mee sup. Isi ayam juara habis.


1 nasi ayam.. 1 mangkuk mee sup(telur sebijik).. 1 teh o ais.. dan 1 teh ais.

Nasi ayam:

Nasi: Kuantiti dia semangkuk. Nampak sikit. Hakikat nak habiskan, parahhh. Rasa nasi dia, tip- top. Ada rasa mentega gitu. Jadi nasi dia tak kering. Kiranya makan nasi dengan sup aje pun sedap.

Sup: Antara yang best selepas sup nasi ayam kat kedai ‘Nasi Ayam Gemas.’ Ada rasa black pepper gitu. So yummy!

Ayam: Bukan yang jenis bergoreng. Macam kukus gitu. Aku sangat suka. Lembut aje daging. Dan kicap bangkitkan selera.

Sos lada: Biasanya, ada yang pedas dan tak pedas. Yang tak pedas... sos tomato dengan sos cili. Dan yang pedas, letak lada. Kedai ni version yang pedas. Tapi pedas yang tetap boleh telan. Don’t worry.

Rating: 9.6/10

Harga:
2 nasi ayam (balik, siap bungkus bagai)
1 mee sup
1 teh ais
1 teh o ais
RM 15.00 (Murahhhhhh kan)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...