Saturday, 19 May 2018

Review Dheo’s (Anjell)

Assalamualaikum guys,

Dah sahur belum?

Done review movie dan sekarang giliran untuk review novel. Sebelum ini, (sebelum yang dah lama dan basi) aku dah pelan untuk review novel tapi sayang seribu kali sayang pelan tinggal pelan. Kemalasan jari- jemari masih menguasai. Palinggg buatkan aku pening lalat sekejap adalah nak review novel apa (sekarang ada banyak novel dalam list untuk review, betapa gelojoh & tamaknya aku). Jadi, pilihan pertama aku adalah novel Anjell. 


Review Dheo’s

Review Novel Dheos Anjell

What’s?

-Novel Melayu
-Genre: Cinta, Family
-Release: 2018 (aku beli waktu PBAKL lepas)
-Terbitan: Karyaseni
-Penulis: Anjell (korang boleh click biru itu untuk usya karya- karya penulis)
-Mukasurat: 653
-Harga: RM 28.00 (RM23- PBAKL)
-Rating: Di bawah ya, (tergamak buat naiya bulan puasa)


Sinopsis novel:




Sinopsis aku:

Ayah Nurissa adalah pemilik kafe (I’s Cafe) dan setelah meninggal ayahnya diistiyhar muflis gitu dan segala harta keluarga Nurissa berpindah milik kepada Dheo Han (lawa nama). Nurissa tak nak kehilangan kafe jadi dia kerja dengan Dheo. Sebagai syarat kafe tak dijual. Jadi selepas itu, boleh bayangkanlah cinta pelan- pelan berputik. Okey, tipikal novel Melayu. Tapi isunya sekarang, kemunculan Dheo menjadi tanda tanya. Siapa Dheo? Dalam strict dia tetap kesah kepada Nurissa. Btw, Nurissa amnesia. Well... segalanya dalam novel ini.

Review aku:

-Jalan cerita okey, tapi tetap klise. Personally, aku lebih prefer AlphaMale berbanding Dheo's. Bagi aku aura Dr Hilman lagi kuat daripada aura Dheo.

-Kebetulan yang sentiasa ada. Tipikal! Kebetulan.. kebetulan... dan kebetulan. Yang akhirnya membawa kepada happy-ever-after.

-Dari segi cara penyampaian dan penulisan, menarik. Tapi, bagi aku, gaya bahasa penulis agak formal dibandingkan dengan novel NO.1 kesukaan aku (bakal di- review). Aku sendiri, lebih suka gaya bahasa yang santai dalam masa sama sampai maksudnya. 

-Novel ni agak pendek (653ms) berbanding novel Anjell yang lain. Tapi, untuk aku... ssssangat okey. Bila panjang, jalan cerita mula meleret & akan cepat bosan. Aku terus tutup novel dan peram dengan jayanya.

Rating: 6.0/10


5 comments:

  1. Nice review!! ^^ thank you sudi follow blog saya :D

    ReplyDelete
  2. Ala bab cliche yang tak best ni.. Huhu. Siqah beli novel ni, nanti siqah baca dan review jugak :)

    ReplyDelete
  3. rajin bean baca novel ek..haha

    ReplyDelete

Feel free to call me (Bean) and be nice okay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...